spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Taliban larang wanita ke sekolah, wajibkan burqa

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KABUL: Taliban mengenakan sekatan paling keras ke atas wanita Afghanistan sejak merampas kuasa, mereka mengarahkan sekolah menengah untuk perempuan ditutup.

Ia berlaku hanya beberapa jam selepas dibuka semula buat kali pertama, sejak mereka merampas kuasa.

Perkara itu mendatangkan kemarahan antarabangsa malah bertentangan dengan ajaran Islam sebenarnya bahawa menuntut ilmu itu satu jihad.

Bagaimanapun Taliban hanya memperakui versi pelajarannya yang terbaik mengikut Islam, selain Taliban ia adalah haram.

Rejim itu juga mengarahkan wanita memakai burqa yang menutupi keseluruhan tubuh, di khalayak ramai.

Undang-undang Islam Taliban ternyata bertentangan dengan Islam yang tidak meletakkan paksaan terhadap seseorang untuk mengikutnya dan isu ini mewujudkan Islamofobia di kalangan bukan Islam dunia.

Menurut laporan Reuters, Taliban menguasai semula negara itu pada Ogos tahun lalu, menjanjikan peraturan yang lebih lembut daripada tempoh terakhir mereka berkuasa di antara 1996 dan 2001, yang dikuasai oleh pencabulan hak asasi manusia.

Bagaimanapun apabila kuasa sudah ditangan, mereka secara hipokritnya mengenakan sekatan ke atas wanita, melarang mereka daripada menyertai sektor awam, pendidikan menengah, dan daripada berjalan sendirian di luar bandar atau Afghanistan.

Pada Sabtu, pemimpin tertinggi Afghanistan dan ketua Taliban Hibatullah Akhundzada, mengumumkan kod pakaian yang ketat untuk wanita apabila mereka berada di khalayak ramai.

“Mereka harus memakai chadori (burqa dari kepala hingga ke kaki) kerana itu tradisi dan tanda hormat,” kata satu arahan atas namanya yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Taliban, pada satu majlis di Kabul.

Wanita yang tidak terlalu tua atau muda hendaklah menutup muka, kecuali mata, mengikut hukum syariah, bagi mengelakkan provokasi apabila bertemu lelaki bukan mahram,” katanya.

Arahan itu dijangka mencetuskan kecaman di luar negara. Ramai dalam masyarakat antarabangsa mahukan bantuan kemanusiaan untuk Afghanistan dan pengiktirafan kerajaan Taliban dikaitkan dengan pemulihan hak wanita.

Dekri Akhundzada juga mengatakan jika wanita tidak mempunyai kerja penting di luar, “lebih baik mereka tinggal di rumah”.

Semasa rejim sebelum ini, Taliban mewajibkan burqa bagi wanita.

Sejak mereka kembali berkuasa, Kementerian Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat mengeluarkan garis panduan mengenai pakaian yang harus dipakai wanita tetapi perintah yang dikeluarkan pada Sabtu, yang pertama.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases