spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Tiada isu bawa orang luar, dibayar sambut Najib di Pulau Pinang

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

GEORGETOWN : Dakwaan sambutan luar biasa orang ramai ketika lawatan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Pulau Pinang kerana semua penyokong berbayar, hujung minggu lalu adalah fitnah semata-mata.

Bukan sahaja dakwaan merepek, tetapi hanya fitnah pihak tertentu yang hanya takut dengan sambutan luar biasa rakyat tempatan negeri itu.

Sebaliknya, rakyat semakin sedar akan fitnah terhadap Najib dan kembali menunjukkan sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Pengerusinya UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pihak yang mendakwa rakyat dibayar untuk sambut Najib di negeri itu sepatutnya menyertakan bukti jika ianya benar.

“Ini dakwaan yang merepek, semua yang hadir orang tempatan yang mahu berjumpa dengan mantan Perdana Menteri, malah jemputan (Najib) dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat tempatan. Tidak ada isu bawa orang luar dan dibayar.

“Jika dakwaan ini benar, tunjuk bukti. Saya berada dengan beliau di beberapa lokasi, semua yang hadir orang tempatan. Ini fitnah orang yang takut dengan sambutan yang diberikan kepada beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas mengenai situasi berlaku pada lawatan Najib ke negeri itu pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Beliau turut tidak menyangka sambutan luar berkenaan, dan menyifatkan ia satu terjemahan rakyat mahukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), nanti.

Katanya, kebanyakan yang hadir ialah orang muda dan berusia, sudah mula sedar yang selama ini janji dibuat oleh PH selepas PRU14 tidak dilaksanakan seperti yang dijanjikan.

“Jika diterjemahkan kepada jumlah undi dalam PRU15, tidak mustahil berlaku perubahan di negeri ini yang sekian lama dipimpin Pakatan Harapan (PH).

“Saya yakin rakyat sudah sedar dengan fitnah ke atas Najib sebelum ini, terutama pada PRU14 dahulu.

“Ketika itu, rakyat termakan fitnah yang dilemparkan oleh PH. Rakyat kini mula menunjukkan sokongan kepada beliau,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pilihan terletak di tangan rakyat untuk membuat pilihan dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang tetap melaksanakan tugas selain tidak mahu terlalu yakin.

Sementara itu, selain Jelutong dan Bukit Mertajam, Najib turut dijemput sebagai pemberi ucaptama pada Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Pulau Pinang (Pibis) di Spice Arena di Bayan Baru, di sini.

Dalam ucapannya itu, Najib menyentuh berkaitan politik ditujukan buat komuniti Cina.

Najib memberi jaminan pasaran saham akan kembali rancak dan pelabur asing akan memilih Malaysia sekiranya BN kembali berkuasa dengan majoriti kukuh daripada pelbagai kaum.

Perkara itu kemudian dibidas oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim Chee Keong apabila menyatakan bahawa janji Najib itu tidak boleh dipercayai dan hanya janji kosong.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases