spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Polis tahan peniaga warga asing biadap, mencarut, ludah penguatkuasa DBKL

- Advertisement -spot_img

AKHIRNYA dua peniaga warga asing yang melakukan provokasi termasuk mengeluarkan kata-kata kesat serta meludah ke arah penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam, di tahan polis hari ini. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Heisham Harun, berkata pihaknya telah menerima satu laporan pada jam 6.41 petang semalam mengenai insiden yang berlaku di Pusat Bandar Utara, di ibu negara. 

Menurutnya, kejadian itu berlaku kerana anggota penguatkuasa melakukan pemeriksaan di hadapan Affin Bank Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan awal mendapati pihak Penguatkuasa DBKL sedang melakukan rondaan, mereka telah nampak dua orang warga asing sedang berniaga di kawasan kaki lima bank tersebut. 

“Oleh yang demikian, pihak penguatkuasa DBKL telah bertindak menyita barangan mereka. 

“Namun keadaan menjadi kecoh apabila kedua-dua warga asing tersebut enggan bekerjasama dan bertindak melakukan provokasi yang agresif dengan menepis tangan pihak berkuasa yang sedang merakam gambar sehingga menyebabkan telifon bimbit jatuh dan rosak. 

“Mereka juga bertindak mengeluarkan kata-kata kesat serta meludah ke arah muka salah seorang penguatkuasa DBKL serta bertindak mengoyakkan baju sendiri dan menuduh perbuatan tersebut dilakukan oleh pihak penguatkuasa DBKL bagi mengelakkan dirinya dari ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Heisham menjelaskan, ekoran daripada kejadian tersebut seorang lelaki dan seorang perempuan warga asing berusia 34 dan 38 tahun yang terlibat dalam insiden ini telah ditahan di tempat kejadian.

“Kedua-dua suspek yang ditangkap ini tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau. 

“Suspek kini telah direman di IPD Sentul bermula dari 9 April 2022 sehingga 22 April 2022 bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan  disiasat dibawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana telah menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian di Kuala Lumpur. 

“Tindakan tegas akan diambil terhadap individu-individu yang melanggar undang-undang. Jika anda mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes jenayah yang berlaku bolehlah menyalurkannya dengan cara menghubungi menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222,” katanya. – END

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases