spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Perdana Menteri baharu Pakistan dari Kluster Mahkamah

- Advertisement -spot_img

‘KLUSTER MAHKAMAH’ dilantik jadi Perdana Menteri baharu Pakistan untuk menggantikan Imran Khan yang diguling.

Meskipun berhadapan kes pendakwaan di mahkamah berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram, tuah masih menyebelahi Shahbaz Sharif untuk dilantik menjadi Perdana Menteri Pakistan yang baru.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Pakistan setelah usul undi tidak percaya berjaya dilaksanakan ke atas bekas Perdana Menteri Imran Khan.

New India Express melaporkan, terdahulu, Mahkamah khas di Lahore melanjutkan jaminan interim yang diberikan kepada Presiden Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Shehbaz Sharif dan anaknya, Pemimpin Pembangkang dalam Perhimpunan Punjab, Hamza Shehbaz, dalam satu kes pengubahan wang dan menangguhkan perbicaraan sehingga 27 April ini.

Semasa Hamza berada di mahkamah, peguam Shehbaz memfailkan permohonan meminta anak guamnya dikecualikan daripada hadir ke mahkamah kerana pemilihan perdana menteri baharu di Dewan Negara (NA) hari ini.

Dalam pada itu, New India Express melaporkan pegawai tertinggi agensi penyiasat Pakistan yang sedang menyiasat pertuduhan pengubahan wang haram PKR 14 bilion terhadap beliau telah bercuti untuk tempoh yang tidak dipastikan selepas Imran Khan diguling dalam usul undi tidak percaya.

Permohonan ketua Agensi Siasatan Persekutuan Lahore Mohammad Rizwan untuk bercuti berkuat kuasa 11 April 2022, dan seterusnya, telah diterima.

Keputusan Rizwan dibuat sehari sebelum Shehbaz dan anaknya Hamza dihadapkan ke mahkamah khas untuk dakwaan pada Isnin lalu.

Mahkamah khas (Pusat-I) FIA pada 4 April telah memanggil Shehbaz dan Hamza pada Isnin (11 April) untuk mendakwa pasangan bapa dan anak itu dalam kes pengubahan wang haram Rs 14 bilion.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases