spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Tak rasmi : BN mendahului lebih 40 kerusi PRN Johor

- Advertisement -spot_img

JOHOR BAHRU: Setakat pukul 8.30 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) mendahului lebih 40 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut memaklumkan BN menyapu bersih undi awal tentera.

Antara kerusi tersebut adalah Endau, Kahang, Paloh, Yong Peng, Sri Medan, Kemelah, Senggarang, Tenggaroh, Bukit Naning, Maharani, Senai, Skudai, Tenang, Bukit Permai dan Bukit Batu.

Rata-rata pemimpin Barisan Nasional termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sudah berkumpul di Bangunan Badan Perhubungan UMNO Negeri di sini bagi menanti keputusan rasmi Pilhan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases