spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kenyataan DAP boleh gugat keharmonian rakyat – Azmin Ali

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : DAP ditegur kerana mengeluarkan kenyataan sensitif yang boleh menggugat keharmonian rakyat negara ini.

Terdahulu, veteran DAP, Lim Kit Siang di laman Twitter dengan mengeluarkan persoalan “Adakah mungkin rumah perdana menteri dan menteri-menteri di Malaysia dibakar oleh penunjuk perasaan yang marah seperti yang berlaku di Sri Lanka minggu lepas?”

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika diminta mengulas berkata, kenyataan seperti ini tidak sewajarnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin kerana negara hari ini memerlukan suasana aman damai, perkukuhkan perpaduan kaum.

” Kita mahu bergerak pantas untuk puluhkan ekonomi negara.

“Kenyataan ini tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan provokasi dalam masyarakat,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Rumah Terbuka Parlimen Gombak dan Dun Gombak Setia.

Turut hadir Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Gombak itu berkata beliau mahu sebuah negara makmur untuk semua rakyat.

“Kita mahu kekayaan negara ini dapat diagihkan, tapi kalau ikut pertumbuhan ekonomi perlu elak kenyataan bersifat perkauman berbaur provokasi bagaimana mungkin kita dapat harapkan pelabur asing untuk datang negara kita.

“Di luar negara, hari ini rakyat tidak mahu cara politik yang tidak stabil, kita mahu krisis kesihatan ditangani dengan lebih efektif, kita mahu ekonomi negara pulih,

” Maka saya menggalas tanggungjawab ini amat besar dibawah MITI untuk pastikan pelaburan dapat segera masuk ke Malaysia kerana hanya dengan penjanaan ekonomi.

“Kita dapat agihkan kekayaan kepada rakyat, kalau tidak ada pertumbuhan, yang ada kemiskinan.

Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung kenyataan yang dibuat pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang di laman Twitter.

Walaupun tidak menamakan Lim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Abd Jalil Hassan berkata imej tangkap layar ciapan tersebut dikesan telah ditularkan melalui aplikasi WhatsApp sejak dimuatnaik pada 19 Mei lalu.

Abd Jalil berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Protes terhadap kerajaan Sri Lanka meletus minggu lalu selepas negara itu menghadapi krisis ekonomi terburuk sejak mencapai kemerdekaan pada 1948.

Keadaan itu menyebabkan kadar inflasi meningkat dan kekurangan ubat, bahan bakar serta barang keperluan lain.

Penunjuk perasaan membakar rumah milik berpuluh-puluh ahli politik, termasuk rumah keluarga Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa dan adik lelakinya serta Presiden Gotabaya Rajapaksa. Mahinda meletakkan jawatannya pada 9 Mei lalu.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases