spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Syarikat bioteknologi lepaskan berbilion nyamuk diubahsuai secara genetik

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

WASHINGTON : Sebuah syarikat bioteknologi berpangkalan di Britain, Oxitec, berbangga apabila projek perintis, nyamuk dibiak dan diubahsuai secara genetik berbilion-bilion, akan dilepaskan di Florida dan California.

Laman berita Wion News melaporkan, projek itu mendapat kelulusan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA).

Oxitec memaklumkan bahawa dua projek perintis telah diluluskan termasuk projek Daerah Kawalan Nyamuk dan Vektor Delta (Delta MVCD) di California dan inisiatif Daerah Kawalan Nyamuk Florida Keys (FKMCD) di Florida.

Kelulusan terbaharu itu adalah lanjutan daripada Permit Penggunaan Eksperimen (EUP) yang diberikan pada 2020 khusus untuk projek perintis di Florida Keys yang dijalankan dan mencatat kejayaan pada 2021.

Kaedah itu terbukti berjaya mengawal nyamuk Aedes aegypti yang membawa penyakit demam denggi yang menyerang komuniti di Florida, California dan negeri-negeri AS lain.

Justeru, Oxitec memberitahu, projek itu diusahakan bagi mengekang pembiakan spesies berkenaan yang menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya kepada manusia.

“Pasukan kami amat berbangga kerana menerima satu lagi kelulusan penting daripada EPA.

“Perluasan usaha ini mencerminkan perkongsian kukuh di peringkat tempatan, negeri dan nasional,’’ kata Ketua Pegawai Eksekutif Oxitec, Gray Frandsen dalam satu kenyataan.

Berdasarkan data syarikat itu, sejak pertama kali dikesan di California pada 2013, spesies Aedes aegypti telah merebak dengan pantas ke lebih 20 daerah di seluruh negeri dan meningkatkan risiko wabak penyakit.

Untuk rekod, syarikat itu mencipta nama dalam teknologi kawalan makhluk perosak biologi.

Oxitec bermatlamat untuk mengurangkan penularan penyakit berbahaya bawaan nyamuk seperti denggi, Zika, demam kuning dan chikungunya.

Sumber : Agensi

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases