spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

‘Saya tak boleh sembunyi lagi dari orang ramai’ – DUKE

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : “Saya tak boleh sembunyi lagi dari orang ramai. Ini keadaan muka saya sekarang dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul di khalayak (ramai)”.

Demikian menurut pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias atau Datuk Mohd Kazim Elias menjelaskan situasi sebenar apabila warga netizen mula membuat spekulasi berhubung keadaan kesihatannya.

Mesra dengan panggilan DUKE dalam kalangan pendengar dakwahnya, berkata meskipun dilabel sombong kerana tidak lagi beramah mesra bersama mereka seperti sebelum ini, namun beliau hanya mampu bertabah hati kerana tidak ramai yang mengetahui keadaan nasibnya terkini.

“Terima kasih atas ribuan yang komen. Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapatkan rawatan selama lapan bulan, saya tak boleh sembunyi lagi dari orang ramai.

“Bukan hanya di muka tetapi di seluruh badan. Ia boleh terjadi luka dengan sendiri sehingga mengeluarkan darah,” katanya menerusi hantaran di Instagram, hari ini.

DUKE tidak dapat mendedahkan sebahagian keadaan lain pada tubuh badan dirinya, ekoran kerana berasa malu dan rendah diri.

Justeru, gambar memaparkan lengan seperti berkudis teruk yang dimuatnaik di akaun sama, petang semalam hanya sebagai kiasan pada badannya yang dipercayai pada asalnya daripada lukisan tiga dimensi (3D) bagi memberi kesan khas untuk satu projek penggambaran.

Mengulas lanjut, DUKE merayu pertolongan daripada sesiapa termasuk doktor perubatan alternatif yang sudi merawatnya.

“Sakit, gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tak boleh lagi saya sorok. Saya juga tidak boleh tidur sejak berbulan yang lepas.

“Saya dah berusaha berubat banyak tempat, tetapi masih belum diberi keizinan oleh Allah. Saya bimbang keadaan saya ini akan menghilangkan saya daripada dunia dakwah,” katanya.

Sementara itu, menerusi sesi Live pagi ini, DUKE menegaskan kepada orang ramai bahawa apa yang terjadi kepadanya bukanlah ‘gimik’ semata-mata.

“Jadi itulah keadaan diri saya. Saya bukan nak marketing (memasarkan), berlakon dan prank (helah gurau senda) ke. Ini semua nyata bahawa saya telah disihir,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases