spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

2009: Najib tak curi duit 1MDB

- Advertisement -spot_img

Mengikut buku bertajuk Analisis Kewartawanan : 1MDB Fitnah atau Fakta dengan menggunakan sumber rujukan laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), pada 28 September 2009, syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengadakan kerjasama dengan syarikat PetroSaudi International Ltd (PSI) yang diusahakan oleh ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low dan diberi nama 1MDB Petro Saudi JV.

Dalam kerjasama ini 1MDB akan mengeluarkan wang tunai sebanyak USD1 Bilion dimasukkan ke dalam Deutsche Bank manakala PetroSaudi akan mengeluarkan USD2.7 Bilion dalam bentuk aset.

Namun dua hari kemudian pada 30 September 2009 sebanyak USD700 juta wang 1MDB telah diselewengkan oleh Jho Low dan dipindahkan ke akaun syarikatnya Good Star Limited, yang ditubuhkan pada 18.5.2009.

USD700 ini telah dilencongkan oleh Jho Low ke RBS Coutts (Zurich) pada 30.9.2009 dan kemudiannya masuk ke akaun Good Star Ltd. Syarikat Good Star ini tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang urusan dengan 1MDB. Hanya sebuah syarikat milikan Jho Low.

Hanya USD300 juta sahaja yang betul dimasukkan ke akaun JV menerusi JP Morgan Chase.

Adalah jelas bahawa sepanjang tahun 2009, Najib tak ambil duit 1MDB sebaliknya sebanyak USD700 juta duit 1MDB telah diambil, dicuri atau dilencongkan ke RBS Coutts (Zurich) iaitu ke akaun Good Star pada 30 September 2009.

USD1 bilion tunai yang sepatutnya dimasukkan ke PetroSaudi JV tetapi hanya US$300 juta sahaja dimasukkan ke PetroSaudi JV.

Good Star adalah syarikat kepunyaan Jho Low bermakna USD700 juta duit 1MDB telah masuk ke Jho Low bukan Petro Saudi JV.

Ini membuka hipotesis bahawa Najib telah dibicarakan dan diberi keadilan secara salah.

Juga membuka hipotesis tuduhan dan dakwaan terhadap Najib itu adalah hasutan dan fitnah. Pihak berkuasa berkenaan mestilah memohon maaf secara terbuka dan membuat pembetulan serta membedsihkan nama Najib.

Bukti daripada transaksi dan slip bank boleh diperolehi daripada bank.

Untuk pengesahan awal, boleh dilakukan ujian mesin bohong poligraf terhadap semua pihak yang terlibat bukan terhadap Najib, Jho Low sahaja tetapi juga terhadap para pegawai penyiasat, SPRM, pendakwaraya dan peguambela, hakim dan lain-lain yang berkaitan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases