spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Marvel perkenal watak ‘superhero’ Muslim pertama

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Disney+ Hotstar benar-benar mencipta kelainan kali ini apabila mengumumkan pelancaran dan poster siri Ms Marvel dengan penampilan baharu, Kamala Khan sebagai adiwira Muslim, pada 8 Jun depan.

Marvel baru sahaja berkongsi trailer pertama untuk siri Ms Marvel dan pastinya para peminat tidak sabar untuk melihat naskhah terbaharu itu.

Ms Marvel bakal membawa penonton menyoroti kehidupan, remaja Amerika Pakistan, Kamala sebagai gadis remaja yang membesar di Jersey City, Amerika Syarikat (AS).

Kamala cuba mengimbangi kehidupan sebagai pelajar sekolah tinggi, keluarga dan kuasa atau ‘super power’ yang dimilikinya.

Cukup meminati permainan video, Kamala sentiasa merasakan dirinya seperti tidak kena dengan persekitaran di sekolah, mahu pun di rumah.

Namun, segala-galanya berubah apabila pada suatu hari, dia menyedari dikurniakan kesaktian atau kuasa persis adiwira yang sering diimpikan.

Watak Kamala atau Ms Marvel dilakonkan Iman Vellani.

Tapi bukan biasa-biasa, menurut laporan Daily Mail, Iman Vellani telah mengarahkan dua filem pendek yang disiarkan di Vimeo.

Iman Vellani juga dilantik sebagai ahli Next Wave Committee di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2019.

Dilahirkan pada 2002 di Ontario, Kanada, Iman Vellani adalah anak kepada pasangan imigran dari Pakistan. 

Malah, siri yang bakal disiarkan di saluran Disney+ ini akan diarahkan oleh gabungan pengarah hebat Adil El Arbi, Bilall Fallah, Sharmeen Obaid-CHinoy dan Meera Menon.

Turut berlakon Aramis Knight, Saagar Shaikh, Rish Shah, Zenobia Shroff, Mohan Kapur, Matt Lintz, Yasmeen Fletcher, Laith Nakli, Azhar Usman, Travina Springer dan Nimra Bucha.

Penerbit eksekutif siri Ms Marvel mengandungi 6 episod bagi musim pertama itu adalah Kevin Feige, Louis D’Esposito, Victoria Alonso dan Bisha K.

Watak Ms Marvel ini telah diperkenalkan pada tahun 2013 oleh Marvel Comics yang kini dibawa ke ‘live action’.

Boleh ditonton di platform penstriman itu sebaik ia dilancarkan 8 Jun depan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases