spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kerajaan akui penerima vaksin ‘tak kebal’ COVID-19

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Kerajaan mengakui mana-mana penerima vaksin COVID-19 berisiko berkemungkinan berlaku jangkitan wabak, terutama penerima vaksin jenis Sinovac.

Ia diakui menerusi kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, di sini, pada Isnin.

Katanya, kerajaan mengakui jangkitan wabak COVID-19 mungkin berlaku kepada mana-mana penerima vaksin COVID-19, bagaimanapun, penerima vaksin Sinovac lebih terdedah kepada jangkitan lebih teruk.

Lebih-lebih lagi katanya, jangkitan akan lebih serius jika penerima vaksin melambatkan suntikan ketiga atau tidak mengambil langsung.

Justeru, Khairy Jamaluddin menyarankan khususnya kepada dua juta penerima vaksin primer Sinovac yang belum mendapatkan dos penggalak, mendapatkannya dalam masa terdekat.

“Dari segi risiko jangkitan, kerajaan memang mengakui kemungkinan berlaku jangkitan untuk mana-mana vaksin pun, lebih-lebih lagi penerima vaksin Sinovac.

“Tetapi, kita mendapati bahawa tahap perlindungan terutama kepada gejala yang paling buruk ke unit rawatan rapi (ICU) masih lagi berada pada tahap memuaskan, cuma ia lebih tinggi jika tidak dapat dos penggalak (vaksin).

“Oleh itu, yang terbaik sekarang adalah mendapatkan dos penggalak. Dua juta yang belum dapat dos penggalak ini digalakkan untuk mendapatkannya dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian secara ringkas kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran buku Systems Thinking: Systems Thinking Analyses For Health Policy And Systems Development, A Malaysian Kes Study di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

Terdahulu, media melaporkan, kira-kira dua juta penerima vaksin primer Sinovac dikhuatiri terdedah risiko jangkitan COVID-19 lebih teruk jika belum tampil mendapatkan suntikan perlindungan.

Berdasarkan data dikeluarkan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Institut Kesihatan Negara (NIH), berlaku penurunan imuniti dalam tempoh tiga hingga lima bulan, selepas mendapat dos kedua vaksin COVID-19.

Bagi penerima Sinovac, imuniti dalam bulan pertama dan kedua iaitu selepas suntikan dos kedua sekitar 76.1 peratus, dan menurun dalam tempoh lima hingga enam bulan sebanyak 48.2 peratus dengan imuniti serendah 27.9 peratus.

Bagi vaksin Pfizer, dalam tempoh satu hingga dua bulan selepas menerima dos kedua, imuniti dalam badan menurun sebanyak 68 peratus iaitu kepada 20.7 peratus berbanding 88.7 peratus selepas tempoh tiga hingga lima bulan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases