spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Saya tunggu Ernie habis pantang – Anuar Zain

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : “Tak pernah jumpa lagi, saya tengok melalui gambar saja. Daripada dulu kalau ada saudara atau kawan-kawan baru bersalin saya beritahu hanya akan jumpa selepas berpantang.

“Kalau tinggal satu rumah okaylah kalau kita tengok. Tapi yang tinggal berasingan walaupun saudara mara atau kawan baik sekali pun saya tak berani lagi.

Anuar Zain semasa sidang media Misi Kemanusian ke-13

“Memang comel wajahnya, putih gebu dan bermata sepet, masih kecil jadi tidak dapat dipastikan mirip wajah Syamel atau Ernie. InsyaAllah…diberikan kesempatan nanti, pasti saya akan melawat cucu saudara saya itu”.

Demikian ulas penyanyi tersohor tempatan Anuar Zain yang belum berkesempatan untuk bertemu dengan cucu saudaranya, Nur Khawla Soleha atas tujuan keselamatan dan kesihatan anak kecil itu.

Kongsinya lagi, dia hanya melihat wajah cahaya mata sulung pasangan Syamel dan Ernie Zakri itu menerusi gambar yang dikirimkan.

Anuar Zain (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syria Care Siti Sakinah Meor Omar Baki (dua dari kiri) semasa sidang media Misi Kemanusian ke-13.

Anuar berkongsi mengenai perkara itu semasa sidang media Misi Kemanusian Syria Care 13.0 yang diadakan di Pejabat Syria Care, Shah Alam, Selangor pada Selasa.

Untuk rekod, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 22 Februari lalu.

Dalam perkembangan lain, Anuar menjadi selebriti yang terpilih menyertai Misi Kemanusiaan kali ke-13 yang digerakkan oleh Syria Care.

Anuar Zain (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syria Care Siti Sakinah Meor Omar Baki (dua dari kiri) semasa sidang media Misi Kemanusian ke-13.

Misi berkenaan akan bergerak ke tiga buah negara iaitu Turki Syria dan Lubnan pada 7 April depan.

Anuar akan berada di Lubnan selama lapan hari mengagihkan bantuan makanan kepada pelarian sempena bulan Ramadan.

“Kita harus melakukan sesuatu memandangkan mereka adalah golongan yang teraniaya. Doa mereka yang ditindas tiada hijab. Saya sendiri tidak menyangka akan menyertai misi ini.

“Kami mensasarkan untuk mengutip sekitar RM225,000 untuk disumbangkan untuk misi kemanusiaan kali ini. Oleh itu, saya menyeru semua pihak untuk menghulurkan bantuan. Tidak kisah dalam apa jua bentuk,” katanya.

Untuk menjayakan program ini, Syria Care menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM225,000 bagi membantu lebih kurang 1,000 keluarga di negara berkenaan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases