spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Dakwah Ebit Lew jelajah Asia, bantu naikkan imej Malaysia

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

PETALING JAYA : Usaha memartabatkan imej Malaysia di mata dunia tidak pernah terhenti, dalam kalangan pemimpin, penggiat seni, pasukan keselamatan negara bahkan rakyat jelata yang mengembara atau bermastautin di luar negara.

Tidak terkecuali, umum mengetahui pendakwah Islam terkenal negara, Ebit Lew sentiasa membantu golongan fakir miskin tidak kira dalam dan luar negara.

Terbaharu, Ebit Lew yang sedang melakukan misi kemanusiaan menjelajah rantau Asia kini berada di Indonesia melaksanakan tanggungjawab berkenaan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO)nya.

Ia sekali gus, menyaksikan usaha Ebit Lew dalam usaha membantu menaikkan imej dan reputasi Malaysia ke arah lebih baik.

Ebit Lew dikatakan meraikan lebih 6,000 penghuni di sebalik tirai besi dengan berbuka puasa bersama mereka di Ruran Salemba Jakarta, Indonesia.

Menerusi perkongsian di hantaran Facebooknya, Ebit Lew bermurah hati berbelanja juadah berbuka luasa buat penghuni penjara berkenaan.

Menurut hantaran itu juga, Ebit Lew meluahkan perasaan sebak dan sayu semasa program berbuka bersama mereka.

Tidak sekadar hanya berkongsi rezeki, penceramah itu turut sudi menyampaikan tazkirah di sana.

“Lebih 6,000 orang di penjara ini, saya juga sempat memberi sedikit tazkirah buat mereka, ramai juga yang kenal saya, hormat dan tekun mendengar,” katanya semalam.

Beliau juga mendoakan supaya tuhan memberi rahmat kepada penghuni penjara terbabit.

“Semoga Allah beri rahmat dan kebaikan buat mereka semua,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases