spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Johor tak perlu pemimpin yang hanya pandai berpolitik – Hasni

- Advertisement -spot_img

PONTIAN – Johor tidak memerlukan pemimpin yang hanya pandai bermain politik tanpa memikirkan cara untuk membawa negeri ini ke tahap lebih baik daripada segi pentadbiran dan ekonomi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, Johor memerlukan barisan kepimpinan atau pembentuk dasar yang bersemangat untuk memajukan negeri ini.

“Sekiranya tersilap, Johor akan kembali ke pentadbiran yang kucar-kacir, tanpa hala tuju dan segala perancangan yang telah direncana akan tergendala,” katanya semasa merasmikan Program Ceramah Jati Diri Bangsa dan Melancarkan Antologi Puisi Rumah Citra Sri Pinang, Benut, di sini semalam.

Menteri Besar berkata, kerajaan telah merangka pelbagai program pembangunan bagi memastikan negeri ini berada pada landasan yang betul untuk menjadi sebuah negeri maju dan terbaik.

“Sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai ‘Ibrahim Johor Economic Council’ (IJEC) telah ditubuhkan bagi merangka pelbagai program pembangunan di negeri ini.

“Seramai 12 tokoh telah berkongsi idea bagi pembangunan negeri selain beberapa agenda penting seperti Agenda Digital Johor dan Agenda Jaminan Bekalan Makanan telah dirangka.

“Saya berharap rakyat negeri ini dapat memilih pemimpin yang mampu bekerja untuk pembangunan negeri, tidak hanya berpolitik kerana ia bakal merencatkan perancangan yang telah dirancang,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases