spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Pelitup muka, imbasan MySejahtera tidak lagi wajib

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

PUTRAJAYA : Bermula 1 Mei ini, pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan melainkan berada di dalam bangunan dan di dalam pengangkutan awam termasuk e-hailing.


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan tetapi amat digalakkan.

“Penularan jangkitan rendah dalam keadaan ventilasinya adalah baik.

“Bagaimanapun, KKM menggalakkan pemakaian pelitup muka di luar bangunan diamalkan khususnya berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti Bazar Ramadan, pasar malam, stadium dan lain-lain,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau turut mengumumkan bermula 1 Mei, imbasan kod QR MySejahtera tidak diwajibkan apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam.

Bagaimanapun, orang ramai digesa mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk pengesanan kontak.

Katanya, aplikasi MySejahtera masih penting untuk melaporkan keputusan ujian pengesanan Covid-19 dan arahan Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO) kerana ia penting kerajaan untuk membantu pencegahan dan kawalan wabak itu.

“Hotspot Tracker (jejak kawasan Covid-19, kini akan diubah sebagai Infectious Disease Tracker untuk melihat kawasan titik panas penyakit lain seperti rabies (penyakit anjing gila), demam campak (measles), penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan denggi.

“Saya juga ingin umumkan MySejahtera akan ditambah baik dengan pengenalan ciri-ciri baharu.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mengumumkan tiga kelonggaran SOP berkaitan pemakaian pelitup muka, penggunaan imbasan MySejahtera serta ujian saringan Covid-19 di lapangan terbang.

Desas-desus mengenai kelonggaran SOP tersebut sejak penghujung bulan lalu selepas Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menegaskan sudah tiba masanya amalan mengimbas kod MySejahtera setiap kali memasuki premis dihentikan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases