spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Enggan sertai Bersatu, tak bubar UMNO punca diseret ke mahkamah – Presiden UMNO

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Keengganan menyertai parti Bersatu dan didesak membubarkan UMNO dipercayai punca Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak diseret ke mahkamah.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mendakwa, beliau dan Najib berdepan beberapa tuduhan di mahkamah akibat keengganan meninggalkan parti keramat berusia 75 tahun itu.

Beliau mendakwa kenyataan itu merujuk kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Pengerusi Bersatu, ketika era pimpinan keduanya selama 22 bulan.

“Kenapa saya dan dia (Najib Razak) menghadapi pertuduhan?

“Ketika itu Perdana Menteri selama 22 bulan itu ada bertemu saya dan mengajak saya supaya jadi ‘katak’ (sertai Bersatu) dan supaya saya bubarkan UMNO.

“Oleh kerana selepas tempoh 10 hari saya tak bubarkan UMNO maka saya diseret ke mahkamah… tetapi tidak mengapa, demi UMNO dan demi perjuangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada Sabtu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berpendapat, UMNO masih beruntung kerana mempunyai Perdana Menteri dalam kalangan parti itu.

Katanya, langkah itu membuatkan banyak usul yang dibawa parti mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.

“Bayangkan kalau bukan UMNO yang jadi Perdana Menteri, banyak perkara yang sepatutnya mendapat kelulusan kerajaan tidak akan mereka (pembangkang) lakukan.

“Kita beruntung kerana ada Perdana Menteri yang wakil dari UMNO,” katanya

Mengulas mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ahmad Zahid menyatakan kedudukannya sememangnya mendapat sokongan daripada kesemua ahli UMNO.

Bahkan, pihak akar umbi sebelum ini juga mencadangkan hanya satu nama untuk dijadikan sebagai calon Perdana Menteri.

Menerusi ucapan itu, Ahmad Zahid turut menggesa kesemua ahlinya bersiap sedia dengan pemikiran di luar kotak berikutan situasi politik yang luar biasa.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases