spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

PM sokong penubuhan Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM)

- Advertisement -spot_img

Oleh: ARRIAN ZAYNE

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyokong inisitif penubuhan Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) memaknakan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022.

Khabar baik untuk pengamal media ini dibuahkan setelah Jawatankuasa Kerja Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) yang hadir pada HAWANA 2022 di Melaka.

Pada majlis itu, Presiden GKMM (Protem) Mohamad Fauzi Ishak berpeluang menemui Perdana Menteri untuk memanjangkan hasrat dan cadangan penubuhan GKMM Perdana Menteri.

Mewakili semua pengamal media di seluruh negara Fauzi menzahirkan terima kasih atas sokongan Perdana Menteri kepada inisiatif penubuhan GKMM.

Menurut kenyataan GKMM hari ini, GKMM merupakan gabungan 14 kelab media negeri-negeri, yang ditubuhkan atas platform sosial dan kebajikan serta menghimpunkan semua wartawan-wartawan dari pelbagai agensi media awam serta swasta.

Ketika ini, Jawatankuasa Kerja GKMM yang ditubuhkan selepas Program Pemukiman Media Se-Malaysia di Langkawi, Kedah pada 28 Mac – 30 Mac lalu sedang memperhalusi draf perlembagaan GKMM sebelum didaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam masa terdekat ini.

GKMM turut berharap penubuhan nanti akan menjadi platform terbaik kepada pengamal media khususnya para wartawan di seluruh negara untuk berkongsi cerita, aspirasi, semangat setiakawan serta aktiviti bersama.

GKMM dianggotai 14 kelab-kelab media negeri :  Kelab Media Putrajaya (KMP); Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) ; Kelab Media Kedah (KMEK); Federation of Sarawak Journalists Association (FSJA); Kelab Media Kuala Lumpur & Selangor (KamiKLS); Kelab Media Johor (KMJ); Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT); Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS); Kelab Media Pahang (KMP); Persatuan Wartawan Perlis (PWP); Kelab Media Perak; Kelab Media Sabah; Kelab Media Pulau Pinang dan Kelab Media Kelantan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases