spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

DBKL potong dahan, pokok untuk keselamatan

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil langkah pantas memotong dahan dan pokok yang tumbang akibat hujan lebat yang melanda ibu kota semalam.

DBKL melalui Skuad Kecemasan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar segera bertindak setelah menerima aduan mengenai pokok tumbang di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Alam.

Skuad Kecemasan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL telah menjalankan kerja-kerja pemotongan dahan dan sampah pokok juga telah pun dibersihkan.

Malah, DBKL turut memaklumkan kepada warga kota yang ingin melaporkan mengenai pokok tumbang sekitar ibu kota yang bukan milik tanah persendirian boleh menghubungi talian whatsapp Skuad Kecemasan iaitu 0165399004.

Sementara itu, kerja-kerja pembersihan pasca banjir yang telah dilakukan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL bersama pihak Alam Flora.

Antara kawasan yang dibersihkan adalah di sekitar kawasan Jalan Kuchai Lama, Jalan Ampang, Jalan Chon Sow Lin, dan Jalan Pudu Ulu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim juga mengambil tindakan segera dengan mengeluarkan arahan kepada kementerian dibawahnya untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir kilat di sekitar ibu kota.

Perkara itu berlaku selepas hujan lebat sejak pukul 3 petang semalam menyebabkan beberapa jalan utama mula dinaiki air.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases