spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Pihak AGPG berkongsi rezeki menginfak beras, agih bubur lambuk

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Siapa tidak kenal lagi dengan nama Ayam Gepuk Pak Gembus (AGPG)? Makanan tempatan Indonesia yang mengutamakan bahan asas ayam sebagai sajian utama yang sudah terkenal di seluruh Malaysia.

AGPG bagaimanapun berkesempatan melaksanakan amal jariah di akhir bulan suci Ramadan tahun ini, dengan melancarkan kempen “Kongsi Kasih- Rezeki Dikongsi Keberkatan Dirasai”.

Melalui kempen berkenaan, AGPG menyumbangkan sebanyak 300 kampit beras kepada ‘food bank’ Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Masjid Jamek Kampung Baru, dan Rumah Kasih Nurul Hasanah di Hulu Klang,

Selain itu, sebanyak 1,000 pek bubur lambuk diagihkan di sekitar Masjid Al Hidayah Taman Melawati Hulu Klang.

Program itu bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan sepanjang Ramadan menerusi infak beras dan agihan bubur lambuk, disamping menikmati rezeki bersama.

Majlis penyerahan beras disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Mohd Fadzil Abu Kassim bersama-sama pihak AGPG.

Sementara itu, Mohd Firdaus berkata semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi, sekaligus mengukir senyuman kebahagiaan kepada penerima bantuan.

“Setelah dua tahun kita berdepan pandemik, AGPG memulakan program serahan bubur lambuk kepada komuniti setempat, selain turut meraikan anak-anak yatim.

“Inisiatif ini juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat sambil berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases