spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Shahidan turun padang melawat peniaga Acrobazaar dan Karnival Food Truck Putrajaya

- Advertisement -spot_img

PUTRAJAYA : Menteri Wilayah Persekutuan Datuki Seri Dr Shahidan Kassim turun padang beramah mesra dengan para peniaga Acrobazaar dan Karnival Food Truck Putrajaya bertempat di Tapak Hot Spot Food Truck Presint 2, di sini.

Karnival yang julung kali diadakan ini bermula dari 7 hingga 9 Februari dari jam 10 pagi hingga 10 malam yang menampilkan pelbagai pengisian menarik. Ia dianjurkan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022. 

Inisiatif ini sekali gus membantu penjaja kecil sederhana Putrajaya yang terkesan akibat pandemik memulihkan perniagaan dan berdaya saing.

Terdapat dua komponen iaitu agro bazaar yang menghimpunkan seramai 100 peniaga dalam jualan terus buah-buahan, tanaman dan sayur-sayuran dari ladang, jualan florikultur iaitu anak-anak pokok, pokok bunga serta orkid, jualan produk industri asas tani dan jualan makanan popular. 

Komponen kedua pula merupakan Karnival Food Truck Putrajaya memaparkan seramai 20 usahawan food truck Putrajaya dalam jualan pelbagai juadah makanan dan minuman kepada pengunjung. 

Turut hadir bersama Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)Datuk Seri Hajah Rosida Jaafar dan Naib Presiden Kanan Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Fadlun Mak Ujud.

Selain itu, pelbagai aktiviti antaranya aktiviti memakan durian, pertandingan memancing cili, kempen makan ulam serta hadiah cabutan bertuah turut diadakan.

Pengunjung juga berpeluang untuk menikmat hidangan di ruang makan outdoor lengkap dengan kerusi dan meja dan dihiburkan dengan persembahan ‘busker jemputan.

Pada masa yang sama, Shahidan turut menanam pokok di Sisiran Tasik Putrajaya. Pokok yang telah dipilih dan ditanam adalah dari spesis Tabebuia rosea dan Tabebuia argentea atau lebih dikenali sebagai pokok Sakura Malaysia (Tecoma).

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases