spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

PSM bakal bincang kos denda disiplin ASTAF

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR: Bagi menyelesaikan kos sesi pendengaran panel disiplin bernilai AS$15,000 (RM62,779.50) yang dikenakan, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bakal mengadakan perbincangan lanjut dengan Persatuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

Menurut Presiden PSM, Datuk Sumali Mohd Reduan berkata, pihaknya bakal melakukan perbincangan lanjut mengenai tindakan denda yang dikenakan ke atas PSM oleh ASTAF.

Tambah Sumali lagi, surat balas daripada ASTAF kepada PSM bertarikh 23 Februari lalu adalah satu prosedur biasa yang memberikan gambaran tindakan susulan perlu dibuat PSM.

Ia berikutan permohonan menjadi ahli gabungan dan bukannya rayuan seperti dilakukan sebelum ini.

“Susulan itu, PSM telah mengemukakan surat permohonan menjadi ahli gabungan serta dokumen-dokumen sokongan seperti terkandung di dalam Perlembagaan ASTAF.

“Antaranya termasuklah Perlembagaan yang telah dipinda, senarai ahli gabungan dan bersekutu serta pengiktirafan MOM ke atas PSM sebagai badan induk kebangsaan,” katanya.

Semalam, Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader meminta PSM melangsaikan kos berkenaan sebelum mengemukakan rayuan menyertai semula badan induk itu.

Katanya, keputusan badan induk Asia itu menyingkirkan PSM sebagai ahli gabungan masih kekal sama seperti diputuskan dalam satu perbicaraan tatatertib pada 20 Mei 2021.

Pada 20 Mei tahun lalu, Jawatankuasa Disiplin ASTAF menyingkirkan PSM sebagai ahli gabungan badan induk Asia berkuatkuasa serta merta selepas didapati bersalah susulan tindakan Presiden PSM ketika itu, Datuk Seri Ahmad Ismail.

Ia berlaku diatas kapasiti Timbalan Presiden ASTAF menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada Februari.

Tindakan itu melanggar perjanjian untuk mematuhi segala objektif dan perlembagaan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dan ASTAF seperti dimeterai 14 Mac 2008.

Sumber Berita Harian.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases