PUTRAJAYA : Selepas dua tahun tanpa Bazar Ramadan akibat PKP pandemik sejak 2020, kini orang ramai ‘melepaskan geram’ menyerbu ke tapak-tapak Bazar Ramadan.
Ribuan pengunjung mula beratur panjang sejak jam 5 petang untuk memasuki tapak Bazar Ramadan Putrajaya 2022 di Persint 3 Putrajaya.
Lokasi ini bersebelahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Cuaca yang baik pada hari ini adalah permulaan yang baik untuk Ramadan tahun ini.
Peniaga pula begitu riang menyapa pelanggan sambil sibuk membungkus makanan yang dijual.
Pelbagai juadah resipi tradisi dan moden ada di sini.