spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Najib teruskan saman fitnah Muhyiddin, Wan Saiful

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kali ini bertegas akan meneruskan saman fitnah terhadap Pesiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan kerana didakwa terus menghina mahkamah, sehingga kini.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di Facebooknya, hari ini, Najib berkata tuduhan terhadap beliau mencari Muhyiddin untuk menggugurkan kes atau meminta hakim-hakim ditukar, sebelum ini kini sudah bertukar.

Najib mendakwa, tuduhan itu bertukar kepada Najib menghantar pihak bagi melambatkan kes atau minta Muhyiddin menyingkirkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Najib mendakwa, ia bermula selepas Wan Saiful membuat tohmahan terhadapnya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ogos 2021, bahawa beliau cari Muhyiddin untuk tukar hakim atau kononnya mahu kesnya digugurkan di https://www.facebook.com/wansaifulwanjan/posts/1981096958713429?tn=%2As-R

Bagaimanapun, tinjauan WacanaKini.com mendapati kandungan pada pautan berkenaan tidak ditemui.

Justeru, Najib tetap meneruskan saman fitnah terhadap Wan Saiful dan Muhyiddin atas perkara berkenaan.

“Rasanya saya akan teruskan saman terhadap Wan Saiful ni walaupun saya masih ada banyak kes mahkamah yang sedang dibicarakan.

Saya juga mahu cabar Muhyiddin untuk sebut secara jelas bahawa :
“Najib pernah jumpa dia untuk minta kes digugurkan atau minta hakim-hakim ditukar” sebagaimana tohmahan Wan Saiful terhadap saya.

“Lebih mudah untuk saman berdua-dua bagi perkara yang sama ini,” katanya melalui komen yang ditinggalkan beliau pada hantaran sama.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu turut menegaskan beliau bukan ‘budak bodek’, berikutan sudah menjelaskan berulang kali bahawa cara terbaik untuk menggugurkan kes ialah untuk mengambil hati Perdana Menteri.

“Cara paling baik adalah bodek PM dan bukan kecam, Jika tak percaya boleh tanya Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed), Xavier (Datuk Dr Xavier Jayakumar), Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), Mas Ermieyati (Datuk Mas Ermieyati Samsudin) dan sebagainya,” katanya.

Malah, Najib tetap berpendirian tegas tidak pernah meminta Muhyiddin untuk menggugurkan kes ataupun tukar hakim.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases