spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Shahidan ingatkan masyarakat Islam sentiasa laksana ibadah

- Advertisement -spot_img

Oleh Arrian Zayne

CHERAS: Masyarakat Islam sentiasa diingatkan menjalani ibadah bukan sahaja di bulan Ramadan dalam memperoleh keredhaan Allah namun sepanjang menjalani kehidupan.

Pesanan demikian sering diungkapkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr.Shahidan Kassim ketika menemui orang ramai dalam majlis keramaian yang dihadiri beliau.

Perkongsian berkenaan dibuat oleh Pegawai Tugas Tugas Khas 1 Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Mahadhir Sulaiman kepada wacanakini.com ketika ditemui di Majlis Nur Ramadan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di MPP Parlimen Cheras hari ini.

Datuk Mahadhir menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid dan surau Zon Cheras

“Beliau sangat sensitif soal agama oleh itu dalam setiap majlis beliau amat menggalakkan para penerima bukan sahaja menerima saguhati daripada beliau bahkan turut mengajak mereka menjalani ibadah solat bersama-sama,” katanya.

Selain itu, Mahadhir memberitahu keprihatinan Shahidan turut terpancar tatkala beliau hampir setiap hari mengunjungi bazaar-bazaar Ramadan di sekitar wilayah persekutuan untuk membelanjakan sekitar RM5,000 bagi membeli juadah sambil membantu para peniaga dan mensedekahkan juadah terbabit kepada para pengunjung yang hadir.

Terdahulu, Mahadhir mewakili Shahidan menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 145 asnaf di bawah e-Kasih sekitar Cheras.

Sementara, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutan, Zon Cheras, Datuk Mahadi Abdul Shukor berpendapat serupa mengenai Shahidan yang bersifat sentiasa turun padang.

“Saya tengok sejak beliau jadi Menteri Wilayah beliu selalu turun padang (apabila berlaku) tanah runtuh beliau sentiasa ada di padang memerhati dan memantau khususnya kepada mangsa-mangsa,” ujarnya.

Selain itu kata Mahadi, sewaktu Ramadan ini Shahidan tidak putus menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan serta asnaf.

Datuk Mahadi Abdul Shukor, Pengerusi MPP Zon Cheras

“Termasuklah para peniaga pun ditolong dari segi memastikan urusan mereka dipermudahkan untuk berniaga sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya lagi.

End///

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases