spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

100 sukarelawan DBKL terima surat lantikan

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Hampir 100 sukarelawan Kuala Lumpur menerima surat tawaran pelantikan Sukarelawan Kuala Lumpur.

Mereka telah hadir di Dewan Komuniti Taman Ibu kota secara bersemuka dan maya (hibrid) untuk mendengar taklimat penyelarasan gerak kerja.

Aktiviti itu disiarkan menerusi Facebook DBKL semalam.

Taklimat ringkas namun penuh berinformasi telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hasif bin Hussin, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) DBKL merangkap urusetia program ini.

Program ini merupakan salah satu inisiatif DBKL dalam mendepani bencana banjir kilat yang kerap berlaku mutakhir ini.

DBKL mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh para sukarelawan ini yang jelas menunjukkan rasa sayang mereka terhadap bandar raya ini. Keperihatinan mereka untuk turut sama mengembeling tenaga tatkala diperlukan amat dihargai.

DBKL turut mengucapkan selamat bertugas kepada para sukarelawan ini bilamana tenaga mereka akan digerakkan kelak.

Majlis taklimat ini telah dirasmikan oleh Encik Norazman bin Mahlin, Timbalan Pengarah Kanan JPKKB. Hadir bersama ialah Encik Marwan bin Desa, Timbalan Pengarah JPKKB.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases