spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

60 sukarelawan YWP bersihkan tapak kebakaran Rumah Panjang Bukit Kiara

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Seramai 60 orang sukarelawan dari Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) turun padang ke tapak kebakaran bagi membantu penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail, di sini.

Mereka membanting tulang membersihkan dan mengemas lima buah rumah yang musnah dan satu terjejas teruk akibat kebakaran pada 9 Januari lalu.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Jalaludin bin Alias diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWP,Datuk Zaizalnizam Zainun turun padang membersihkan kawasan sekitar yang dipenuhi dengan barangan rosak akibat nahas kebakaran.

“Saya ambil sedikit masa untuk turun ke Rumah Panjang Bukit Kiara, Segambut bagi sertai gotong royong membersihkan kesan kebakaran rumah. Pada 9 Januari lalu, lima buah rumah papan di kawasan berkenaan telah musnah dijilat api.

“Para mangsa hilang tempat tinggal dan harta benda. Justeru, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, kakitangan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan kakitangan YWP telah berganding bahu bergotong royong bagi membersihkan kawasan kebakaran.

“Saya ucap terima kasih kepada semua kerana berganding bahu melakukan kerja-kerja pembersihan awal ini. Terutama pihak YWP dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang di atas pertolongan khidmat menggunapakai jentera berat dan peralatan pembersihan untuk mengangkat semua sisa kebakaran.

“Terima kasih juga atas sumbangan makanan tengah hari dari QSR Brands (M) Holdings Bhd untuk sebahagian penduduk Rumah Panjang PA Bukit Kiara yang sudah daif dan memerlukan bantuan.80 peratus pegawai dan staf pejabat saya juga turun sertai gotong-royong ini pagi tadi,” katanya.

Terdahulu, lima buah unit rumah panjang, blok K di Jalan Mohd. Fuad, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), dekat sini musnah 100 peratus dalam kebakaran dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan pukul 11.47 malam.

Seramai 34 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TTDI, Sri Hartamas dan Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases