spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

2011: Najib tak curi duit 1MDB

- Advertisement -spot_img

Mengikut buku bertajuk Analisis Kewartawanan DoJ 1MDB : Fitnah atau Fakta terbitan tahun 2018, berasaskan siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), ahli perniagaan buruan, Taek Jho Low telah menerima US$110 juta duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diselewengkan pada 7 Mei 2011, dimasukkan ke Deutsche Bank dan dipindahkan ke akaun syarikatnya, Good Star menerusi J.P Morgan Chase.

LOW telah menerima US$30 juta duit 1MDB yang diselewengkan pada 20 Mei 2011, dimasukkan ke Ambank dan dipindahkan ke akaun syarikatnya, Good Star.

LOW telah menerima US$65 juta duit 1MDB yang diselewengkan pada 23 Mei 2011, dimasukkan ke Ambank dan dipindahkan ke akaun syarikatnya, Good Star di J.P Morgan.

LOW telah menerima US$220 juta duit 1MDB yang diselewengkan dan dipindahkan ke akaun syarikatnya, Good Star antara 20 Mei 2011 hingga 25 Oktober 2011, dari AmBank menerusi J.P Morgan Chase.

LOW telah menerima US$125 juta duit 1MDB yang diselewengkan dan dipindahkan ke akaun syarikatnya, Good Star pada 25 Mei 2011 di AmBank dan J.P Morgan Chase.

Dari Good Star telah dipindahkan ke Sherman IOLA pada 21 Oktober 2009 sebanyak US$148 juta.

Dari Good Star telah dipindahkan ke Sherman IOLA pada 20 Januari 2010 sebanyak U$117 juta.

Dari Good Star telah dipindahkan ke Saudi Account pada 18 Februari 2011 sebanyak US$12.5 juta.

Dari Good Star telah dipindahkan ke Saudi Account pada 10 Jun 2011 sebanyak US$12 juta.

Dari Good Star telah dipindahkan ke ADKIMC pada 28 Jun 2011 sebanyak US$55 juta.

Dari Good Star telah dipindahkan ke ADKIMC pada 4 September 2012 sebanyak US$38 juta.

Dari Good Star telah dipindahkan ke ADKIMC pada 2 November 2012 sebanyak US$153 juta.

Dari Good Star telah dipindahkan ke ADKIMC pada 27 November 2012 sebanyak US$142.5 juta.

Dari Good Star telah dipindahkan ke ADKIMC pada 4 September 2013 sebanyak US$142.5 juta.

Dari Saudi Account telah dipindahkan ke Ambank pada 23 Februari 2011 sebanyak US$10 juta kedalam akaun M01.

Dari Saudi Account telah dipindahkan ke Ambank pada 13 Jun 2011 sebanyak US$10 juta kedalam akaun M01.

Dari Devonshare telah dipindahkan ke ING Bank Netherland pada 2 Mac 2011 sebanyak US$210 juta kedalam akaun Tanore, milik Eric Tan.

Dari Enterprise telah dipindahkan ke ING Bank Netherland pada 23 Mac 2011 sebanyak US$250 juta kedalam akaun Tanore, milik Eric Tan.

Dari Cristernique telah dipindahkan ke ING Bank Netherland pada 23 Mac 2011 sebanyak US$375 juta kedalam akaun Tanore, milik Eric Tan.

Daripada transaksi tahun 2011 di atas, hanya ada dua transaksi sahaja yang duit dimasukkan ke dalam akaun Najib M01 di Ambank berjumlah US$10 juta pada 23 Februari 2011 dan lagi US$10 pada 13 Jun 2011.

Perlu ditegaskan bahawa duit itu dimasukkan dari Saudi Account dan hendaklah dianggap dan diterima bahawa duit itu bukan diambil atau dimasukkan oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini membuka hipotesis bahawa Najib telah dibicarakan dan diberi keadilan secara salah. Terdapat kepincangan yang jelas dalam kes Najib.

Juga membuka hipotesis tuduhan dan dakwaan terhadap Najib itu adalah hasutan dan fitnah. Pihak berkuasa berkenaan mestilah memohon maaf secara terbuka dan membuat pembetulan aerta membersihkan nama Najib.

Bukti daripada transaksi dan slip bank boleh diperolehi daripada bank.

Untuk pengesahan awal, boleh dilakukan ujian poligraf terhadap semua pihak yang terlibat bukan terhadap Najib, Jho Low sahaja tetapi juga terhadap para pegawai penyiasat, SPRM, pendakwaraya dan peguambela, hakim dan lain-lain yang berkaitan.

Adalah juga amat dicadangkan kepada Najib supaya mengambil tindakan saman terhadap mereka yang berkenaan.

Juga pihak Suruhanjaya Diraja PDRM prihatin dan mengambil tindakan sepatutnya kepada mereka yang berkenaan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases