spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Sentuhan berbisa Sumali tingkat prestasi KL Thunder

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR: Prestasi pasukan sepak takraw KL Thunder dibawah penyeliaan Datuk Mohd Sumali Reduan dilaporkan lebih baik sejak diambil alih olehnya tahun lalu.

Datuk Sumali selaku Presiden Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PERSEWIP), telah memberikan anjakan paradigma buat kumpulan yang dahulunya dikenali sebagai “underdog”.

Di bawah sentuhannya, KL Thunder berjaya muncul juara berganda di kejohanan Champion Cup March, tahun lalu.

Sesi latihan dilakukan oleh pasukan KL Thunder bertempat di TM Jalan Semarak pagi tadi.

Prestasi KL Thunder sejak STL tahun lalu, muncul juara berganda, bermakna untuk musim ke lapan ini, KL Thunder cuba mempertahankan prestasi, bagi mengekalkan kejuaraan mereka.

Menurut jurulatih pasukan KL Thunder, Rashidi Nordin, Datuk Sumali telah memberikan suntikan baharu buat pasukan ini dengan melakukan beberapa perubahan dan sering mengambil berat terhadap pasukan dibawah penyeliaannya.

Jurulatih pasukan KL Thunder, Rashidi Nordin.

“Saya melihat Datuk Sumali memang mengambil berat terhadap pasukan, dia seorang yang terbuka, segala permasalahan yang dihadapi boleh dibincang bersama kerana menurutnya tiada jurang antara kami semua,” luah jurulatih kepada Wacanakini.com.

Beliau memberikan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh KL Thunder untuk meningkatkan lagi prestasi setiap pemain.

Tambah jurulatih itu lagi, presidennya mempunyai pelbagai rancangan yang telah disusun atur untuk mengorak langkah pasukan ini pada masa akan datang.

“Perancangan yang dilakukan oleh persatuan sendiri dibawah penyeliaan Datuk Sumali, dibawah akar umbi, kita ada SUKMA, kita ada permain “senior”

“Manakala dari segi susunan pula, KL Thunder mempunyai permain “senior” yang berpengalaman jadi pemain baharu boleh menimba ilmu daripada mereka, dan ini satu perancangan yang baik untuk KL Thunder,” katanya.

Berbalik kepada STL, Rashidi berkata pemain perlu fokus di setiap perlawanan yang hadapi supaya momentum itu akan kekal.

“Tapi minggu kedua saya melihat memang ada peningkatan yang ditunjukkan oleh pemain, dengan usaha yang dilakukan dan “post mortem”, insha allah kita akan bangkit untuk minggu seterusnya,” luahnya.

Tekong KL Thunder Ahmad Aizat

Menurut tekong KL Thunder, Ahmad Aizat selaku pemain lama pasukan ini, dia melihat KL Thunder kini jauh kehadapan berbanding dahulu sejak dibawah penyeliaan Datuk Sumali.

“Selama ini kami mempunyai presiden tapi “on off” saja, apabila Datuk Sumali jadi presiden KL, nampaklah pasukan ini bergerak, kerana beliau banyak bekerjasama dengan kami dan membantu pasukan daripada segi latihan dan sebagainya, dia memberikan sepenuhnya komitmen terhadap kami

“Apa yang kami mahukan semuanya akan dapat, jadi untuk membalas jasa beliau, kami akan berikan 100 peratus untuk menyakinkannya lagi bagi mencari dana buat pasukan,

“Kena gembirakannya supaya dia lebih yakin untuk membawa KL Thunder lebih jauh,” kata Aizat.

Kapten KL Thunder Amirul Zazwan

Selain itu, menurut Amirul Zazwan selaku kapten pasukan, dia akui pasukannya kini berada dalam keadaan memuaskan dan segalanya berjalan dengan lancar sepanjang Kejohanan Emas Anuar STL 2021/2022.

Malah dia juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Sumali kerana memberikan kemudahan dan kepercayaan kepada pasukan ini untuk terus berjuang mengekalkan momentum dalam perlawanan akan datang.

“Alhamduliah semuanya berjalan dengan lancar apabila berada dibawah pengurusan Datuk Sumali, saya rasa lebih baik daripada sebelum ini sebab dia memberikan kami banyak kemudahan, kepercayaan dan sediakan macam-macam benda buat kami,

“Itu yang terbaik bagi kami dan sangat berpuas hati dibawah jagaan Datuk Sumali,” kata Amirul pemain KL Thunder.

Perlawanan demi perlawanan, KL Thunder telah menunjukkan taring bisanya kini, ia jelas terlihat setelah memenangi beberapa perlawanan minggu lalu di kejohanan Emas Anuar STL 2021/2022 ketika menentang Perak Bison dan Selangor Piston.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases