spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

KKM fokus rawat pesakit long Covid – KJ

- Advertisement -spot_img

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) kini meningkatkan fokus terhadap rawatan pesakit ‘long Covid’ susulan kadar jangkitan kes Covid-19 semakin stabil.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, lebih banyak sumber dan kemudahan akan digunakan bagi rawatan long Covid.

“Apabila kadar jangkitan mula stabil, KKM kini meningkatkan tumpuan kami pada penjagaan pemulihan long Covid.

“Saya berada di Perak hari ini di mana saya melawat Hospital Batu Gajah yang telah menggunakan semula wad pemulihannya untuk menjaga pesakit long Covid. Lebih banyak sumber akan disediakan kelak,” ciapnya di Twitter, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut melawat Makmal Kesihatan Awam Ipoh yang membuat survelan genomik keatas kes Covid-19 untuk zon utara.

“Majoriti ‘whole genomic sequence’ (WGS) untuk kes-kes terkini adalah varian Omicron BA.2,” katanya. – END

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases