spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Tindakan segera PM selamatkan isu bekalan makanan – Shahrul Nasrun

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

AMPANG : “Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bertindak drastik dan bijak dalam menangani isu bekalan makanan,” kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin.

Beliau berkata, langkah pertama Ismail memansuhkan AP mampu melumpuhkan kartel-kartel yang ibarat menangguk di air keruh mengawal naik turun harga ayam di pasaran.

“PM seorang yang begitu profesional, sentiasa memikirkan nasib rakyat, beliau pernah mengetuai KPDNHEP, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Pertanian dan Asas Tani, semua kementerian yang sentiasa dekat dengan rakyat.

“Ini adalah bukti beliau mencari apakah cara terbaik untuk mendapatkan semua bekalan makanan yang cukup kepada rakyat.

“DAP baru hendak hantar proposal atau kertas cadangan kepada kerajaan tetapi kita lihat kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Datuk Seri Ismail Sabri telah melakukan langkah drastik dengan melumpuhkan kartel ayam,” katanya pada Rumah Terbuka Aidilfitri Ampang yang dianjurkannya bersama isterinya usahawan kecantikan, Datin Fatin Amyera Zainal Abidin

Turut hadir mantan PM, Datuk Seri Najib Razak bersama anaknya, Datuk Mohd Nizar dan menantunya, Datin Nur Sharmila Shaheen.

Juga hadir, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dalam pada itu, Shahrul Nasrun berkata, beliau sengaja tidak menguar-uarkan kedatangan Najib Razak kepada rakyat untuk melihat sejauh mana sambutan.

“Walaupun tanpa makluman awal, kehadiran lebih 5,000 orang selepas berita mengenai Najib tersebar luas dalam beberapa minit.

“Begitulah sambutan rakyat terhadap pemimpin dan Barisan Nasional, ia beri keyakinan jelas bahawa parti ini adalah parti untuk membela nasib rakyat,” katanya.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases