spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Peruntukkan RM2 juta untuk pendidikan di Tanjong Karang

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

SHAH ALAM: Parlimen Tanjong Karang memperuntukkan RM 2 juta setakat ini untuk pembangunan pendidikan di Parlimen Tanjong Karang.

Menurut Ahli Parlimennya, Tan Sri Noh Omar, pembangunan pendidikan ini adalah termasuk pendidikan online dan salah satunya ‘virtual library’.

“Saya pernah jadi guru, saya pernah jadi Timbalan Menteri Pendidikan. Sebagai guru apa masalah, sebagai Menteri apa masalah.

“Sebelum ini belajar di pusat tuisyen, zaman berubah lepas pandemik semua menggunakan internet.

“Jadi kita perlu ikut rentak perubahan agar tidak tertinggal,” katanya Wacanakini.com ketika ditemui dalam Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri Bersama Menteri KUSKOP di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, malam tadi.

Majlis tersebut turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mantan PM, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz turut dihadiri kira-kira 10,000 jemputan.

Noh yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang turut mengucapkan Selamat Hari Guru dan berharap tugas guru sentiasa dihargai.

Sementara itu, beliau diminta mengulas samada UMNO Selangor akan menjalin kerjasama dengan PAS Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 berikutan pendirian Majlis Tertinggi UMNO yang sudah mengeluarkan kenyataan untuk bergerak secara solo.

“Saya akur dengan keputusan yang diputuskan Majlis Tertinggi, kita boleh cadang tetapi akhirnya kita ikut satu keputusan sahaja.

“Dalam peperangan tak boleh ada dua nakhoda, demi masa depan parti kita mesti berdasarkan satu keputusan, kami akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases