spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Pertubuhan Suara Belia gerakkan pengundi muda

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Pendekatan Datuk Seri Shahidan Kassim (DSSK) membawa amanat Aspirasi Keluarga Malaysia ke mana sahaja beliau berada, menyentuh hati belia India di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kewibawaan Menteri Wilayah Persekutuan itu sekali gus menyuntik minat pertubuhan Dewan Belia India Malaysia untuk mengenali pemimpin lebih dekat malah secara tidak langsung menarik minat golongan muda itu untuk lebih mendalami bidang politik.

Pegawai Khas Menteri Wilayah Persekutuan, S Arumugam, berkata, teladan dan kepimpinan yang dipamerkan oleh Shahidan membuktikan tidak ada perbezaan status kaum dan agama apabila melibatkan program di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia.

“Ini yang saya maklum pada mereka (belia India), bahawa di bawah (kepimpinan) Datuk Seri Shahidan, tiada untuk Melayu, tiada untuk India, tiada untuk Cina. Kita mengikuti amanat Keluarga Malaysia.

“Contohnya, program dibuat di Wilayah Persekutuan, memang nampak ada ketiga-tiga kaum. Selaku pegawai khas beliau, saya juga diminta oleh beliau supaya memastikan ada penglibatan dari kaum India termasuk dalam kalangan sukarelawan,” katanya kepada Wacanakini.com.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Pegawai Khas Menteri Wilayah Persekutuan dan Pemimpin Muda India, anjuran Pertubuhan Suara Belia, di ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Suara Belia, Yassir Arafat, berkata pihaknya berusaha mengangkat pemimpin muda baharu dalam kalangan belia India dengan membawa mereka mendekati pemimpin lebih senior dalam kerajaan.

“Kami melihat pendekatan (DSKK) lebih baik berbanding sebelum ini iaitu selepas Pilihan Raya Umum 14 lalu. Datuk Shahidan, orangnya peramah. Walaupun dari Perlis, tetapi sangat ramah, mudah menyelesaikan masalah di Wilayah Persekutuan.

“Saya lihat inisiatif baik yang dibawa beliau sehingga agensi di bawah kementerian begitu memberi sokongan kepadanya khususnya dalam menyelesaikan masalah banjir dalam kadar yang cepat,” katanya.

Sementara itu, Yassir berkata, pertubuhan yang mula bertapak sejak 2013 itu kini dianggotai seramai kira-kira 300 ahli yang kesemuanya anak jati wilayah berkenaan.

Katanya, ia ditubuhkan bertujuan menegakkan Rukun Negara dengan menjadikan kelima-lima asas rukun itu sebagai tunjang suara rakyat Malaysia.

“Justeru, penganjuran seperti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan perkongsian idea suara dari belia di Kuala Lumpur, mencari pengalaman dengan mendekati mereka yang sudah lama dalam politik, selain cadangan menyertai program pekerjaan di bawah produk wilayah ini.

“Kita mahu menggerakkan mereka dalam persatuan sebagai pengundi 18 tahun supaya lebih mengenali politik dan pelaksanaan dalam bidang ini,” katanya.

S Arumugam (kiri) dan Yassir Arafat.
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases