spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Nilai persahabatan lebih mahal dari wang ringgit, susah senang bersama

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

Sambutan Aidilfitri ialah ziarah-menziarahi, biasanya orang yang bersahabat sentiasa rindukan sahabatnya.

Tular sebuah video TikTok, seorang pakcik berbangsa Cina berbaju T di sebuah kediaman di Melaka berbesar hati apabila sahabat Melayunya yang dikenali lebih 30 tahun membawa ahli keluarga menziarahi dirinya.

Sebanyak lima buah kenderaan datang bertandang ke rumah pakcik itu dalam suasana penuh harmoni dan kemesraan, salah satu dari banyak contoh Keluarga Malaysia.

Tinjauan penulis ke komen TikTok, ‘creator bernama Liehondakap ini menulis bahawa pakcik ini adalah sahabat baik kepada bapanya, Mohd Daud Shafie yang sama-sama pernah susah semasa muda dahulu.

Aura_bouquet menulis, “Terbaik uncle mungkin bagi uncle nilai persahabatan lebih mahal dari wang ringgit susah senang sama-sama dengan emoji ‘cinta hati’.

Menerusi video itu, pakcik berkenaan dengan riak wajah riangnya memberikan setiap ahli keluarga sahabatnya duit Raya nota RM100.

Mengikut pemilik akaun TikTok Liehondakap yang dihubungi menerusi Whatsapp, ceritanya, sejarah persahabatan dengan pakcik Cina berkenaan bermula sejak datuknya lagi (panggilan Tokwan).

“Anak bapa saya 11 orang (adik beradik), cucunya ada 20 orang,” katanya.

Kesimpulannya, perayaan Aidilfitri sebenarnya membawa rahmat kasih sayang melampaui garis bangsa, agama dan perbezaan politik.

Semangat Hari Raya ialah kegembiraan yang dikongsi bersama apabila bertemu, ‘creator content’ juga menyatakan mereka dibawa untuk makan bersama ramai-ramai selepas itu.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases