Oleh Tun Puteh Wanti
BUKIT JALIL : Sukan berbasikal terbesar dilihat sebagai satu sukan berpotensi besar untuk masa depan, jumlah komuniti dalam sukan ini semakin berkembang saban hari.
Kita boleh lihat sukan berbasikal ini sebagai satu gaya hidup rakyat alaf baharu bukan sahaja
Melihat perkembangan ini, RISE International Sports Exhibition Sdn Bhd menganjurkan ekspo sukan berbasikal terbesar, MyCycleXpo pada 29 Julai 2022 dan akan berlangsung selama tiga hari.
Sebanyak 300 lot peniaga disediakan dengan sasaran 30,000 pengunjung ke ekspo ini.
Pada ketika ini sebanyak 120 lot berharga RM3,800 sudah diisi peniaga dari dalam dan luar negara.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hisham Nik Aziz berkata, tujuan utama ekspo ini adalah menyatukan seluruh komuniti sukan berbasikal dibawah satu platform.
“Sebelum ini komuniti sukan berbasikal bergerak mengikut kumpulan masing-masing, menerusi MyCycleXpo 2022 para usahawan akan bertemu dengan komuniti dan membina rangkaian mereka.
“Pusat jualan MyCycleXpo 2022 menawarkan lima kategori berbeza termasuk basikal dan aksesori, fesyen, pelancongan, penjagaan kesihatan dan kafe gaya hidup.
“Segmen basikal dan aksesori basikal, alat ganti basikal, aksesori dan gajet daripada jenama terkenal.
“Ia juga menjadi platform untuk mencari pakaian berbasikal dan sukan, direka khas untuk memaksimunkan prestasi penunggang.
“Raja pecut negara dalam acara basikal lebuh raya, merangkap bekas pelumba profesional dari TSG, Anuar Manan turut bersama dalam ekspo ini dan orang ramai boleh melihatnya dengan lebih dekat,” katanya pada sidang media di Axiata Arena semalam.
Kru Tari Nas Adila dan sekumpulan kanak-kanak yang menyertai PushBike Championship membuat gimik persembahan pada sidang media itu.
Mereka akan menyertai tiga hari ekspo itu yang turut menempatkan Klinik Pro Cycling, Sudut Bacaan Karya Seni, Pameran Fire Sale, Cabutan Bertuah, Kejohanan Basikal Tolak ASEAN, Zon Kanak-kanak, Street Soccer dan Pertunjukan Fesyen Berbasikal.
Untuk maklumat lanjut berkenaan sidang media, sila hubungi Nasya Hud di talian 011-19239221.