spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

MAYC ke Indonesia, Turki dan Korea perluas platform antarabangsa

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) dalam perancangan untuk membentuk Kelab Belia Antarabangsa sekali gus meluaskan platform bagi mahasiswa tempatan di luar negara dapat menjalankan aktiviti di setiap wilayah masing-masing.

Justeru, MAYC dalam misi jerayawara menyasarkan pembukaan cawangan di Indonesia, Turki dan Korea Selatan masing-masing secara berperingkat bermula Julai depan.

Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Mohd Al-Hafizi Abu Bakar, berkata MAYC berhasrat meneruskan penubuhan cawangannya di luar negara.

“Langkah ini adalah sebahagian dasar baharu bagi memantapkan agenda belia walau di mana sahaja kita berada.

“Untuk permulaan kita akan mewujudkan Kelab MAYC antarabangsa di Medan dan Jakarta masing-masing pada Julai dan September kerana, di sana kita mudah berkomunikasi dari segi bahasa, selain serumpun.

“Kita juga dalam perbincangan untuk membuka cawangan di Turki dan Korea. Kita berharap Kelab MAYC antarabangsa mampu menjadikan platform kepada mahasiswa kita di luar negara untuk bergerak mengadakan aktiviti,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MAYC di Bangunan Muara, di sini.

Sementara itu, beliau berharap MAYC dapat menjadi pertubuhan yang menyampaikan maklumat berkenaan belia dalam dan luar negara kepada kerajaan khususnya dalam isu kebajikan mereka.

“Saya menerima maklumat daripada pemimpin di sana (luar negara), berkenaan kos sara hidup yang agak tinggi. Jadi kita ambil maklum hal ini.

“Kita lihat apa perkara pokok dan boleh menyampaikan maklumat kepada kerajaan. Walaupun kita akui, kadang terlepas pandang isu sedemikian, MAYC terkedepan untuk memastikan beban pelajar luar negara dapat diringankan,” katanya.

Untuk rekod terkini, kepimpinan MAYC menunjukkan kira-kira 16,000 ahli.

Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Mohd Al-Hafizi Abu Bakar.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases