spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Iman tidak diwarisi, Ridhuan Tee enggan komen isu video perlakuan anak

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Iman tidak boleh diwarisi, kerana iman terbentuk dari akal, ilmu dan amal.

Realiti yang pahit tetapi perlu diterima umum kerana walau sebanyak mana didikan diberi kepada anak, jika anak enggan menerimanya tiada apa yang boleh dilakukan kecuali doa.

Kadang-kadang doa sudah dipanjatkan, malah setiap masa tetapi apabila Tuhan tidak makbulkan janganlah rasa kecewa atau putus asa.

Kembali kepada Pencipta, muhabasah diri ujian yang menimpa dan memperbaiki diri terlebih dahulu bukannya meletakkan kesalahan atau menghukum pada sesiapa.

Tiada sesiapa yang tahu pengakhiran hidup seseorang mungkin lebih baik dari kita, yang menjadi rahsia Illahi.

Penceramah bebas, Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah ketika ditemui pemberita enggan mengulas isu video anaknya Syafi Tee bercium dengan wanita mengundang kecaman.

“Nanti saya komen kemudian, sekarang belum masa lagi,” katanya sambil tersenyum ditemui pada Rumah Terbuka Aidilifitri Parti Berjasa, di Hotel Tamu di sini hari ini

Turut hadir Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia, Ustaz Zamani Ibrahim, Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Marzuki Yahya dan Bekas Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor.

Menerusi video berdurasi 26 saat itu, individu berkenaan dilihat berpelukan dengan wanita yang kemudian mengucupnya di bibir.

Video yang tular di TikTok itu turut memaparkan Instagram wanita yang dipercayai kekasih pelakon tersebut memandangkan terdapat gambar mereka berdua digunakan sebagai gambar profile.

Malah, menerusi rakaman tersebut, video aksi mesra mereka itu dimuat naik dari akaun Instagram wanita tersebut dengan kapsyen my memory syafitee.

Sebelum ini, Syafi juga pernah terpalit dengan kontroversi apabila video dia sedang berpelukan dengan seorang wanita menjadi tular pada tahun lalu.

Video yang ditular di Twitter itu dikongsikan oleh seorang jurusolek yang bekerja bersama pelakon itu untuk penggambaran sebuah drama.

Tampil menjelaskan perkara itu, Syafi berkata, situasi sebenar bukanlah seperti apa yang difikirkan netizen malah individu yang dipeluknya bukanlah seorang wanita.

Untuk rekod, Ridhuan Tee juga kerap memberi komen mengenai kehidupan artis antaranya kontroversi melibatkan video aksi lucah aktor Zul Ariffin dan aksi mesra peserta Big Stage 2022, Yazmin Aziz dengan Danial Chuer.

Ibu bapa mana tidak terguris hati, namun ujian itu tiba kepadanya, ujian kita belum tahu lagi, moga yang menerima ujian diberi kekuatan sama-samalah kita doakan urusan mereka dipermudahkan dan serahkan pada Tuhan Yang Maha Pengasih mengadili.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases