spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Harga gula naik 1 sen sejak 11 tahun, MSM cadang naik 30 peratus

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Sejak 11 tahun lalu kenaikan harga gula hanya 1 sen sekilogram.

Dengan peningkatan pelbagai kos dan gula mengalami kerugian dua tahun lalu, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula permintaan pengeluar gula bagi menaikkan harga gula.

Pengeluar gula terbesar di negara ini, MSM Malaysia Holdings Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM7.06 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2019, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM15.81 juta dalam tempoh sama pada tahun sebelum.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Holdings Berhad, Syed Faizal Syed Mohammad berkata, kali terakhir harga kawalan gula bertapis dinaikkan sebanyak 11 sen pada 2017.

“Kemudian penurunan harga diumumkan pada 2018 sebanyak 10 sen bagi setiap kilogram, menyebabkan kenaikan hanya satu sen dari 2011.

“Kos gula mentah meningkat serta memberi kesan terhadapt margin syarikat. Dalam industri gula ini, keuntungan kami kurang 10 peratus, bukan satu keuntungan besar dan hanya menumpukan kepada kuantiti.

“Harga gula di Malaysia iaitu pasir kasar RM2.85/kg dan RM2.95/kg bagi gula pasir halus adalah terendah di Asia Tenggara dan antara terendah di dunia.

“Daripada kiraan kami, harga yang sesuai adalah RM3.50 sekilogram tetapi terserah kepada kerajaan untuk memutuskannya.

“Perubahan trend tidak menentu dan banyak dipengaruhi pelbagai faktor termasuk iklim serta bekalan gula tidak mencukupi yang boleh menyebabkan harga gula meningkat,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka 2022 MSM Holdings Berhad, Menara Felda di sini hari ini.

Beliau ketika ditanya ada kemungkinankan pengusaha restoran dan makanan akan menaikkan harga makanan jika harga gula dinaikkan, katanya kawalan harga di restoran harus dipertingkatkan.

“Ia bukan sesuatu yang kita tidak boleh kawal, rasionalnya tak logiklah teh naik harga jika gula naik sebab kenaikan gula bagi sekilogram sedangkan teh hanya perlu satu sudu gulu sahaja secawan,” katanya.

Pada tahun 2018, harga kawalan gula turun sebanyak 10 sen sekilogram (kg) selepas kali terakhir harga gula naik 11 sen daripada RM2.84/kg kepada RM2.95/kg.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases