spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

SOP masjid : Rakyat ‘dikencing’ lagi?

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Bagai tidak berkesudahan, polemik penjarakan saf solat berjemaah di masjid dan surau masih berterusan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Rata-rata mereka meluahkan perasaan marah, tidak puas hati malah berasa seperti terus ditipu ekoran ketetapan baharu membabitkan jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak sahaja dibenar menunaikan solat di masjid dan surau di seluruh Selangor, bermula minggu ini.

Jika tahun lalu, Selangor menetapkan jemaah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 sahaja selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) lain, sehingga menimbulkan polemik dalam kalangan umat Islam dalam negara.

Bagaimanapun, kali ini, ketetapan baharu itu menyentap lagi hati orang ramai apabila lengkap dos penggalak menjadi syarat tambahan untuk ke masjid.

Seorang pengguna akaun Facebook, Mohd Syafiq, berkongsi pautan artikel berkenaan berkata “Syarat sah baru solat jumaat berdasarkan nasihat jabatan kesihatan negeri selangor. Alhamdulillah kene kencing lagi. Staf tak rapat sampai kiamat

Norlida Dye, berkata “Lengkap 2 dos rapat saf..? Tidak..?? Lengkap booster rapat saf..? Tidak ..???? LEMAAAHHHHHH

Daniel Jack Hood Cyn, berkata “RUKUN SOLAT JEMAAH TAMBAHAN PALING UTAMA 2 DOA VAKSIN DAN BOOSTER..RUSAK AGAMA…
SOLAT KENA JARAK SAF, MASJID TAK BOLEH MASUK TAK LENGKAP DOS, SEKALI PERGI MALL RAPAT2 TIADA MASALAH EKONOMI MALAYSIA..PERGI MANDI AIR SEPARA BOGEL….
BAGUS TUKAR NAMA MASJID PERGI AL-HIDAYAH MALL ATAU AL-HIDAYAH WATER THEME PARK.

Pus Pa meninggalkan komennya di hantaran artikel berkaitan ketetapan itu berkata
“Tak habis2 anti sangat dengan orang pergi masjid, apa masalah dia entah, pergi mall tak sibuk pulak, komisyen baksin tak dpt banyak ke lemahhhh🤣🤣”.

Ketetapan surat edaran bertarikh 21 Februari itu yang dilihat media di sini, menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, berkenan mengekalkan ketetapan solat Jumaat, solat lima waktu dan program pengimarahan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ia menjelaskan mengenai Ketetapan Baharu Pelaksanaan Solat Fardu Jumaat Dengan Kapasiti Penuh Serta Penjarakan Fizikal 1.0 Meter Antara Jemaah Di Semua Masjid, Surau Kebenaran Solat Jumaat Di Selangor.

“Antara perkara yang ditekankan dalam edaran itu adalah jemaah yang menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak (booster) dibenarkan hadir menunaikan solat Jumaat.

“Pihak masjid juga perlu memastikan penandaan kedudukan jemaah dilakukan dengan jelas di ruang dewan solat utama dan ruang limpah masjid, surau dan musolla berdasarkan penjarakan fizikal 1.0 meter.

Selain itu, jemaah perlu mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia kala iaitu sihat dan tidak bergejala, memakai pelitup muka, membawa sejadah besar dan berwuduk, selain mempamerkan dan merekod kehadiran melalui aplikasi MySejahtera,” menurut edaran itu.

Selain itu, pengurusan juga perlu memastikan ventilasi ruang solat berhawa dingin dengan membuka sebahagian pintu dewan solat utama masjid, surau dan musolla bagi memastikan tidak berlaku kitaran peredaran udara tepu yang memungkinkan penularan lebih mudah berlaku.

Pengurusan juga perlu memastikan sanitasi dibuat secara berjadual, khususnya sebelum dan selepas solat atau majlis membabitkan penyertaan jemaah yang ramai.

Selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Kesihatan Selangor, baginda berkenan agar pentadbir masjid, surau dan musolla di seluruh Selangor mempertingkatkan penguatkuasaan.

Ia susulan perkembangan terkini penularan COVID-19, dan kebimbangan baginda akan berlaku situasi lebih buruk dan menjejaskan aktiviti di premis berkenaan.

Ketetapan yang diedarkan secara dalaman kepada pengurusan masjid, surau dan musolla negeri itu berkuatkuasa bermula 25 Februari ini.

Langkah itu sejajar arahan mempertingkatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard di masjid, surau dan musolla di Selangor dalam usaha mengawal penularan pandemik COVID-19.

Pada Ahad lalu, daripada 28,734 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), sejumlah 7,166 kes atau 24.9 peratus membabitkan penularan di Selangor.

WacanaKini.com sebelum ini melaporkan, England bakal menamatkan sekatan COVID-19 malah menghentikan kuarantin pesakit secara berperingkat selain New Zealand turut dijangka menarik semula arahan vaksin COVID-19 dan langkah penjarakan sosial, dalam masa terdekat.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases