spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Ahli geologi seludup serpihan batu sejarah, berdepan hukuman mati

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

Kuala Lumpur: Ahli geologi British, Jim Futton, 66, yang menetap di Malaysia berhadapan dengan hukuman mati di Iraq.

BBC melaporkan, beliau dituduh menyeludup artifak bersejarah iaitu beberapa serpihan batu ketika dalam lawatan ke negara berkenaan.

Kedua-dua anak Jim Futton mendakwa mereka tidak tahu bahawa serpihan yang dibawa bapanya adalah ‘kepentingan sejarah’.

Serpihan batu berkenaan dipercayai diambil di salah satu tapak arkeologi yang terkenal di selatan Iraq.

Menurut keluarga Jim Futton serpihan batu itu hanya terbiar dan tidak dikawal serta tiada papan tanda amaran yang dipamerkan supaya tidak mengalihkan batu berkenaan.

Menurut anaknya, bapanya yang menetap di Malaysia itu ditahan pada 20 Mac selepas bagasi di periksa di lapangan terbang.

Keluarga itu turut menyatakan bahawa mereka akan menghadapi perbicaraan pada 7 Mei dan menyeru agar pejabat luar negeri untuk membantu mereka dalam menghentikan kes berkenaan berdasarkan saranan peguam mereka.

Pejabat Luar dan Komanwel berkata, mereka akan memberi sokongan kepada Jim Futton.

Ahli Parlimen tempatan Sir Tasker di Bath, Wera Hobhouse berkata, beliau akan melakukan sehabis baik untuk membantu Jim Futton.

Petisyen untuk membebaskan Jim Futton telah ditandatangani oleh lebih 50,000 orang.

Jim Futton
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases