spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Sarawak beri dokumen akses sementara untuk mereka tiada status kewarganegaraan

- Advertisement -spot_img

Oleh Arrian Zayne

KUCHING: Dokumen sementara untuk individu yang tidak mempunyai status kewarganegaraan di negeri ini akan dikeluarkan Pejabat Premier Sarawak sebagai inisiatif mereka mengakses sistem pendidikan dan fasaliti kesihatan.

Khabar baik itu kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah dihadkan kepada individu berusia di bawah 21 tahun iaitu dalam kalangan mereka yang sedang menanti keputusan bagi permohonan mendapatkan status tersebut.

“Namun dokumen sementara ini bukanlah representasi mahupun janji dalam apa cara sekalipun bagi mendapatkan status kewarganegaraan Malaysia,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Tegas Fatimah dokumen khas bersifat sementara itu hanya untuk tujuan melancarkan urusan persekolahan bermula peringkat sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi sahaja.

“Kita sedia maklum sesi persekolahan akan mengenakan yuran kepada mereka yang bukan warganegara Malaysia maka ia akan menjadi beban kepada mereka yang kurang berkemampuan,” ujarnya.

Fatimah (tengah) bercakap dalam sidang media khas mengenai isu kewarganegaraan di Pustaka Negeri Sarawak hari ini.

Dalam masa yang sama kata beliau lagi, dokumen akses ini juga memudahkan mereka ini hadir ke hospital atau klinik kerajaan tanpa dikenakan bayaran yang tinggi.

“Walaupun kuasa memberikan kerakyatan Malaysia tertakluk pada Kerajaan Persekutuan, Kabinet Negeri telah memutuskan akan meringankan segala kesulitan rakyat negeri ini melalui apa sahaja bentuk bantuan dalam bidang kuasa kerajaan Sarawak,” jelas Fatimah.

Malahan, Fatimah bertegas akses pendidikan serta kesihatan merupakan hak asasi manusia dan tiada siapa boleh merampasnya.

“Pemilihan mereka yang layak untuk mendapatkan dokumen ini akan dilakukan oleh satu jawatankuasa khas yang bakal dibentuk dalam masa terdekat ini,” katanya lagi.

Inisiatif dokumen sementara ini kata Fatimah tercetus sususlan hasrat beliau ingin membantu gadis berusia 17 tahun, Siti Mariam Abdullah yang merupakan adik penghantar makanan, Allahyarham Yuhanis Abdullah maut pada 29 Mac lalu.

Kisah Yuhanis, 20, lahir dan membesar di Sarawak namun turut dikenalpasti tidak memiliki status kerakyatan Malaysia hingga ajal menjemput dalam kemalangan kendiri di Jalan Samariang. – End

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases