spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Nur Ramadan Wilayah Persekutuan salur sumbangan 812 masjid dan surau

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : FIRMAN Allah SWT: “Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.” (Surah Al-Hadid, ayat 21).

Demikian kalam Allah yang menyeru hambaNya berbuat kebaikan dan kebajikan dan nilai inilah yang diserap dalam program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan sempena Ramadan 2022 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Sebanyak 89 masjid, 123 surau Jumaat dan 600 surau di seluruh Wilayah Persekutuan menerima sumbangan khas daripada KWP menerusi program Nur Ramadan bagi dimanfaatkan untuk aktiviti di masjid dan surau.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail berkata, enam institusi iaitu lima maahad tahfiz, satu institusi anak yatim hari ini masing-masing menerima sumbangan RM3,000.

“Bagaimanapun ada tambahan sumbangan dari Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan kesemua sumbangan berjumlah RM18,000.

“Sempena Nuzul Quran hari ini, seramai 300 orang dari maahad tahfiz, satu institusi anak yatim hadir hari ini,” katanya kepada Wacanakini.com pada Program Nuzul Quran Peringkat Wilayah Persekutuan yang dirasmikan oleh Shahidan.

Dua qari hadir, salah seorangnya Ustad Dr Muhammad Lukman Ibrahim, pensyarah kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Masjid Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, Mohd Ajib berkata, Shahidan seorang yang amat prihatin dan sanggup turun padang untuk bersama rakyat dalam setiap program walau sesibuk mana pun.

“Nilai seorang pemimpin berjiwa rakyat inilah yang benar-benar diperlukan oleh rakyat dalam pembangunan rakyat dan negara,.

“Saya ucapkan terima kasih atas sumbangan hari ini,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases