spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Artis bantu artis, jualan amal buat Ali XPDC

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

SETAPAK : Pada 4 Mac lalu, penyanyi, Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Ampang apabila tidak bermaya ketika mahu makan selepas selesai berlatih di studio milik mereka di Pandan Indah.

Selepas seminggu keadaannya merosot, Ali ditidurkan namun beberapa hari selepas itu beliau sedar kembali.

Memahami segala kesusahan yang dialami oleh keluarga Ali apabila pencari nafkah keluarga sudah tidak berdaya untuk membantu keluarga, maka sekumpulan artis mengambil inisiatif membantunya menerusi jualan amal.

Penyani lagenda, Zaiton Sameon.

Presiden Persatuan Muafakat Darul Ehsan (PAKAT) Dato Seri Nor Hasnal Hashmi berkata, menerusi jualan amal barang terpakai artis-artis dan Bufet Ramadan RM35 seorang di Street Food Corner Danau Kota akan disumbangkan kepada keluarga Ali.

“Seminggu beratus ringgit diperlukan keluarganya untuk lampin pakai buang, susu, kos ulang alik ke hospital dan sebagainya kerana Ali tidak berupaya bangun dari katilnya.

“Program ini akan diteruskan bukan sahaja untuk bantu Ali malah artis lain yang ditimpa kesusahan,” katanya pada program agihan bubur lambuk di Street Food Corner Danau Kota petang semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusetia Pertubuhan Perqaseh PDRM, Dato Zaid Mohktar dan Presiden Persatuan Artis Pelapis Malaysia, Dato Hazmimi Johar.

Seramai 21 artis hadir memberi sokongan termasuk Shafie Rio, Zaiton Sameon dan vokal penyanyi Ways, Aen Ways.

Ayahanda Rani Kulop turut bersama memeriahkan program berkenaan.

Ayahanda Rani Kulop.
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases