spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Shahidan pertingkat sumber tangani banjir

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menggunakan sumber sedia ada bagi mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku di ibu negara.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan Kuala Lumpur tidak lagi dilanda banjir kilat dan akan menggunakan dana kecemasan DBKL bagi tujuan itu dioptimumkan.

“Perdana Menteri telah mengarahkan pihak saya supaya membelanjakan serta-merta peruntukan daripada sumber DBKL dan kerajaan akan membayar balik nanti bagi menyelesaikan masalah banjir kilat,” katanya dalam ucapan pada program Nur Ramadan di Kuala Lumpur, malam tadi.

Beliau berkata, dana itu akan digunakan bagi menjayakan perangkaan pelan jangka pendek dan jangka panjang termasuk Kajian serta Konsep Mitigasi untuk Banjir Kilat di Kuala Lumpur dalam usaha meminimumkan impak urbanisasi terhadap persekitaran selain mengimbangi aspek sosial, ekonomi dan kesan persekitaran.

Menurutnya, antara pelan itu ialah mengenal pasti lokasi hotspot secara terperinci, mengenal pasti sistem saliran sedia ada yang tidak dapat menampung kapasiti air hujan serta merangka penyelesaian mitigasi konseptual untuk lokasi hotspot banjir.

“Bagi menjalankan kajian ini, DBKL telah melantik IKRAM (Institut Kerja Raya Malaysia) selaku perunding. Kajian ini mengambil masa 12 bulan dan membabitkan lima fasa,” katanya.

Beliau berkata, antara langkah jangka pendek termasuk menempatkan pasukan pemantau di lokasi hotspot dan menempatkan pam mudah alih di kawasan hotspot banjir yang berfungsi memindahkan lebihan air bertakung ke kawasan bersesuaian seperti kolam takungan banjir.

Shahidan berkata, antara pelan jangka pendek lain ialah pembelian lebih banyak pam mudah alih yang akan dilaksanakan serta-merta dan penggunaan beg pasir sebagai langkah mitigasi selain menempatkan 25 pasukan di lapangan bagi proses pembersihan kawasan hotspot banjir bermula esok.

Jelasnya, pelan jangka panjang pula termasuk membina ‘On Site Detention’ (OSD) bawah tanah untuk menampung lebihan air apabila ‘Flap Gate’ tertutup selain menaik taraf sistem perparitan sedia ada membabitkan lapan projek termasuk di Jalan Jinjang, Sungai Kayu Ara, Sungai Toba dan Segambut Dalam.

Sementara itu, DBKL telah mengerahkan kira-kira 9,000 kakitangannya bagi membantu operasi mencegah banjir yang dijalankan.

“Kita agih-agihkan kakitangan mengikut lokasi, antara tempat tumpuan ialah di Dataran Merdeka, dan beberapa tempat lain,” kata Pengurus Projek DBKL Datuk Azmi Abdul Hamid- Wacanakini

Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim ketika meninjau situasi di semua jalan-jalan yang dinaiki air akibat banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur. | Foto: Facebook Shahidan Kassim
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases