spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kenapa PDRM lengah masa siasat Tawfiq Ayman?

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

PETALING JAYA : Polis Malaysia melengahkan masa lebih lama dalam urusan siasatan terhadap suami mantan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Tawfiq Ayman berkaitan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malah didakwa sengaja melengah-lengahkan tindakan berkenaan.

Sesetengah kes diambil pasti diambil tindakan segera dan terus didakwa di penjara, apatah lagi kes berprofil tinggi.

Mengikut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF), Bukit Aman pernah memohon untuk menghantar pasukannya ke Singapura pada 2 Dis 2021.

Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Singapura, kemudian pantas menjawab permintaan itu empat hari kemudian menyatakan persetujuannya kepada perjumpaan itu selain mencadangkan beberapa tarikh untuk lawatan berkenaan.

Bagaimanapun, perkara itu tidak dimuktamadkan, sehingga CAD mengemukakan maklum balas berkaitan cadangan terbaharu berkenaan pada 8 dan 9 Feb lalu.

Bagaimanapun, Bukit Aman hanya memberi maklum balas kepada CAD pada 10 Mac kemudian apabila memohon bagi melakukan lawatan itu antara pertengahan hingga hujung Mac.

Kenyataan itu turut menambah, SPF telah menangani segera, segala permintaan Bukit Aman untuk mendapatkan bantuan bagi membantu siasatan terhadap suami Tan Sri Zeti Akhtar Aziz itu.

Malah terdapat pelbagai urusan surat-menyurat antara kedua-dua pihak sejak Disember lalu susulan permintaan polis Malaysia menghantar pegawainya ke republik itu berhubung siasatan berkenaan.

Sementara itu, pada 3 Mac, Bukit Aman berkata pihak terbabit sedang menunggu lampu hijau dari rakan sejawat di Singapura untuk merentasi sempadan bagi meneruskan siasatan dakwaan rasuah terhadap Tawfiq.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din dipetik FMT sebagai berkata, bahawa lonjakan kes COVID-19 akibat varian Omicron di Malaysia dan Singapura telah mengganggu proses siasatan.

“Kita akan ke sana segera sebaik mereka membenarkan kita merentasi sempadan,” katanya.

Pada 8 Mac lalu, Timbalan Menteri Undang-undang, Datuk Mas Ermieyati Samsudin memberitahu Dewan Rakyat bahawa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sepatutnya meneruskan siasatan di Singapura tetapi tidak dapat berbuat demikian ekoran pintu sempadan ditutup.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebelum ini dipetik berkata pihaknya menyerahkan kepada PDRM untuk menjalankan siasatan terhadap Tawfiq.

Azam berkata SPRM hanya dipertanggungjawabkan memastikan dana 1MDB yang berkaitan dikembalikan ke Malaysia daripada Singapura.

The Edge, pada Feb 2021, melaporkan, polis Singapura pernah membuat makluman kepada BNM, berhubung transaksi mencurigakan daripada Low kepada suami dan anak lelaki Zeti ketika masih menjadi gabenor bank berkenaan.

Dokumen dan komunikasi daripada CAD pada 2015 dan 2016 ada berkongsi maklumat transaksi melibatkan Iron Rhapsody Ltd kepada BNM.

Zeti hanya bersara daripada BNM pada April 2016.

Pada November 2021, SPRM memaklumkan Singapura telah memulangkan kepada Malaysia AS15.4 juta (RM65 juta) dana berkaitan 1MDB yang melibatkan sebuah syarikat yang turut dimiliki secara bersama oleh Tawfiq.

SPRM memaklumkan sehingga kini ia berjaya mendapatkan semula aset dan dana berkaitan 1MDB, membabitkan nilai RM20.5 bilion.

Ini termasuk pemulangan semula aset bernilai USD15.4 juta (RM64.4 juta) melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd, dikatakan milik Tawfiq dan Samuel Goh.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases