spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

SHWP teruskan 64 program sesuai norma baharu

- Advertisement -spot_img

 

KUALA LUMPUR : Meskipun masih berdepan situasi penularan COVID-19, beberapa program Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 (SHWP) masih diteruskan, dengan pematuhan rapi segala prosedur operasi standard (SOP), sesuai dengan norma baharu.

Pegawai Tugas-Tugas Khas 1 Datuk Seri Shahidan Kassim iaitu Datuk Mahadir Sulaiman berkata, sambutan bertemakan Keluarga Malaysia lebih menekankan kepada penghayatan dan budaya cakna dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.

Beliau yang juga merangkap Ketua Umno Bahagian Segambut, berkata, sebanyak 64 program yang bakal diisi pada bulan ini sempena SHWP bertepatan dengan situasi yang mana negara masih berkabung dengan musibah dan ujian yang melanda.

“Jika kita lihat, Kementerian Wilayah Persekutuan juga tidak merangka sebarang acara bersempena Hari Wilayah yang mana warga ibu kota masih di penghujung berkabung akibat musibah yang melanda negara.

“Selain beberapa negeri terkesan akibat bencana banjir, Segambut pula diuji dengan bencana tanah runtuh. Bagaimanapun, acara yang diisi bertepatan dengan mesej dan tema yang diangkat iaitu Keluarga Malaysia.

“Malah, warga ketiga-tiga Wilayah Persekutuan juga digalakkan memeriahkan suasana dengan menyalakan lampu bagi mewujudkan suasana ‘perayaan’ dan mengibarkan bendera indah di kediaman dan bangunan,” katanya kepada Wacana.

Mahadir ditemui di majlis malam diambang Hari Wilayah Persekutuan 2022 yang diadakan di Dewan Masyarakat Sri Sinar, di sini pada Isnin malam.

Selain Mahadir yang hadir memberikan ucapan selaku Ketua Bahagian kawasan berkenaan, majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 4 Segambut, Abdullah Imbi, Timbalan MPP iaitu Fajar Mohamed Yahya bersama barisan Ahli Jawatankuasa MPP.

Program berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Jawatankuasa Umno Segambut, wakil surau dibawah kariah Segambut dan Umno veteran Segambut.

“Majlis malam diambang Wilayah Persekutuan 2022 adalah satu program yg wajar diraikan kerana sejak MPP Sub Zon 4 mengambil alih banyak yang telah disumbangkan kepada orang ramai.

“Saya masih ingat pada masa itu saya memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi, biarpun sijil belum dikeluarkan lagi tetapi mereka sudah menunjukkan elemen kemasyarakatan dan tanggungjawab.

“Oleh itu, saya merasakan mereka layak dan berhak untuk menyambut Hari Wilayah 2022 dan menaikkan bendera Wilayah Persekutuan,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases