spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Shahidan hadir Ceramah Perdana sempena SHWP2022

- Advertisement -spot_img


PUTRAJAYA : Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mensantuni program Ceramah Perdana bertajuk Al-Quran dan Sunnah Asas Kemakmuran dan Kesejahteraan Warga Wilayah Persekutuan yang diadakan di Dewan Seri Siantan Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 3, di sini.

Program yang berlangsung pagi tadi ini turut dimeriahkan dengan kehadiran warga Perbadanan Putrajaya (PPJ) yang dianjurkan khas oleh pihak PPJ sendiri sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 (SHWP2022).

Gambar ihsan Facebook Perbadanan Putrajaya

Selain Shahidan, majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar dan disambut oleh Naib Presiden Kanan Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud selaku tuan rumah.

Gambar ihsan Facebook Perbadanan Putrajaya


Program ini juga adalah antara inisiatif Blueprint Masyarakat Sejahtera Putrajaya dalam melahirkan Keluarga Sakinah Putrajaya. Penceramah jemputan Ustazah Asma Harun dan Ustaz Dr. Ashraf Suarin. 

Program Ceramah Perdana ini merupakan acara keagamaan ketiga yang dianjurkan sempena SHWP2022. 

Sebelum ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) turut menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk Dirgahayu Wilayah sempena sambutan Jubli Emas Bandar Raya Kuala Lumpur.

Gambar ihsan Facebook Perbadanan Putrajaya

Selain itu, sebuah majlis bacaan Yassin juga turut dianjurkan sejajar dengan ulang tahun ke-50 Kuala Lumpur.

Pelbagai program berkonsepkan mesra rakyat telah disusun sepanjang SHWP 2022 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Program yang disambut dalam suasana norma baharu itu bermula sejak 15 Januari lepas sehingga 28 Februari ini.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases