spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Prinsip Keluarga Malaysia, tiada dipinggirkan-PM

- Advertisement -spot_img

Oleh Farhana Ab Rahman

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarakankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya lebih bersedia mendepani cabaran dan melihat kepada keperluan masa depan seiring dengan usia 50 tahun.

Sejajar usia Jubli Emas pada tahun ini, Ismail Sabri menerusi kenyataannya berkata DBKL perlu dinamik dan produktif dalam mengurus isu perbandaran serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan.

“Keluarga Malaysia mengamalkan prinsip ‘tiada yang dipinggirkan’, bagai berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, bersukat sama paras, bertimbang sama berat.

“Prinsip ini terpakai dalam mengurus dan mentadbir bandaraya Kuala Lumpur dan golongan B40 misalnya, perlu diambil perhatian bagi memastikan keperluan asas mereka terbela,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Ulang Tahun ke-50 DBKL di Taman Botani, hari ini.

Turut hadir adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Ismail Sabri berkata, sektor ekonomi adalah penggerak utama bandar raya dan tarikan sebenar kepada bandar raya adalah keupayaannya untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

“Pembentukan bandar raya yang mampan perlu mengambil kira keperluan ekonomi sesebuah bandar supaya ia benar-benar mewujudkan bandar raya yang mampan untuk
semua.

“Dengan adanya faktor tarikan ini, maka bandar raya dapat terus berkembang secara holistik untuk jangka masa panjang,” katanya.

 

Mengimbau sejarah penubuhan Kuala Lumpur, beliau berkata, pada era awal pertumbuhannya, persekitaran Kuala Lumpur dipenuhi dengan rumah-rumah atap nipah namun kini ia meriah dengan bangunan-bangunan pencakar langit serta perkembangan pesat penempatan penduduk.

“Dunia terus mengenali Kuala Lumpur melalui mercu tanda hebat seperti Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat yang pernah mencatat sejarah sebagai bangunan tertinggi di dunia.

“Begitu juga dengan Menara Kuala Lumpur yang merupakan menara tunggal ketujuh tertinggi di dunia dan kini, Kuala Lumpur memiliki mercu tanda baharu iaitu Menara Merdeka 118 yang merupakan menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa dan tertinggi di Asia Tenggara pada ketinggian 678.9 meter.

“Mengimbau sejarah ibu kota kosmopolitan ini, Kuala Lumpur yang terletak di Kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang bermula pada tahun 1857 dan kemudiannya berkembang daripada sebuah pekan lombong bijih timah yang kecil dan sunyi kepada sebuah bandar yang dikenali ramai,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases