spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kemajuan dikecapi rakyat Johor bukti sumbangan besar BN

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

AYER HITAM – Kemajuan dan pembangunan hebat Johor yang sering diperkatakan bukti rakyat pernah merasai kejayaan hasil sumbangan besar Barisan Nasional (BN) namun ia berubah sekelip mata kesan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, rakyat sempat merasai pencapaian besar hasil usaha dan dasar yang digubal kerajaan negeri diterajui BN namun penyampaian maklumat tidak tepat pada PRU lalu memberi kesan terhadap keyakinan rakyat.

“Apa yang boleh disimpulkan penyebab kepada kenapa pilihan raya ini diadakan kerana, kita rakyat Johor, penyokong, penggerak dan pendokong BN pernah merasakan bagaimana negeri ini membangun. Begitu berjaya dari segi kedudukan kita, pencapaian, usaha dan dasar yang kita gubal untuk memajukan Johor.

“Setelah berlakunya PRU-14 keadaan berubah, Johor yang satu ketikanya begitu hebat, begitu banyak sekali cerita tentang kemajuannya sekelip mata telah hilang daripada keyakinan masyarakat,” katanya.

Pengerusi UMNO negeri itu malah berkata tidak ada gabungan parti lain yang berjaya dalam membangunkan Johor.

Bagaimanapun, jelas Menteri Besar itu, jika Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan awal, peluang untuk memajukan negeri terjejas ketara ekoran ketidakstabilan kerajaan negeri ketika ini.

Katanya, beliau mempunyai masa yang lebih panjang jika tidak membubarkan DUN, namun perkara demikian akan merugikan Johor kerana banyak peluang untuk memajukan negeri terjejas

“Bermula daripada 22 Januari tarikh dibubarkan DUN sehingga tarikh tamat lima tahun itu (tamat penggal) saya ada 481 hari lagi. Kenapa saya pendekkan 481 hari itu ialah kerana semakin hari semakin ketara gambaran bahawa negeri kita ini berada dalam keadaan yang banyak terlepas peluang kalau kita teruskan kerajaan sedia ada.

“Sebab itu mandat baru perlu kita peroleh. Mandat baru ini kita hendak serahkan semula kepada rakyat. Kita hendak menceritakan kepada rakyat apakah usaha, matlamat dan hala tuju yang sepatunya kita tujui, bukan dalam keadaan dalam sekarang,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan supaya jentera negeri berusaha keras menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat supaya kejayaan negeri dikembalikan sekali gus BN menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Mac nanti.

Hasni turut mengingatkan supaya tidak dibuai dengan kemenangan demi kemenangan yang diperoleh dalam siri-siri pilihan raya sebelum ini.

Terdahulu, Hasni yang juga Ketua Penyelaras PRN Johor berkata demikian dalam majlis taklimat dan penyerahan program negeri angkat jentera BN bagi Zon Tengah di sini, malam tadi.

Hadir sama Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengarah Pilihan Raya, presiden parti komponen dan rakan gabungan, barisan kepimpinan peringkat pusat dan negeri serta jentera.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases