spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Isu pengeluaran KWSP suara rakyat, bukan mainan politik- BERSATU

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : BERSATU sedia bawa isu tuntutan RM10, 000 one-off pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terkesan sejak awal COVID-19 sehingga kini, bukan kerana politik tetapi ia suara rakyat.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah membantu dalam meluluskan permohonan pengeluaran KWSP sebanyak dua kali ketika beliau sebagai Perdana Menteri.

Datuk Wan Saiful Wan Jan (tengah) meneliti memorandum tuntutan sambil diperhatikan wakil PPIM, Gulab Jan Fazal Eladi dan aktivis masyarakat, Azmi Tahir.

“Ini bukan isu yang boleh dijadikan sepak terajang atau skor politik tetapi ia membabitkan kebajikan dan masa depan rakyat.

“Saya memang tidak menafikan isu tuntutan ini kerana ia hak rakyat, ia simpanan mereka, saya pun tidak pernah cakap tidak setuju malah rekod Perikatan Nasional bukan sekali tetapi dua kali membantu rakyat dalam pengeluaran KWSP sejak COVID-19,” katanya dalam sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan juga wakil pencarum, Azmi Tahir di pejabat BERSATU, Metropolitan Square, di sini hari ini.

Dalam pertemuan itu, PPIM turut menyerahkan Memorandum Tuntutan Pengeluaran Kali Terakhir Wang Simpanan Akaun 1 sebanyak RM10,000 One Off Dengan Kadar Segera dan Jumlah Rasional Bagi Baki Kurang RM10,000.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, ahli politik beberapa parti pernah ajaknya duduk bersama suarakan isu ini tetapi beliau tolak kerana tidak mahu nasib rakyat diperjudikan dalam medan politik.

“Bagaimanapun, kali ini apabila saya semak semua yang hadir ketika ini (PPIM dan aktivis masyarakat) tiada latar belakang politik, saya setuju dan terima kerana mereka bawa atas perjuangan nasib rakyat.

“Saya yakin rakyat juga sudah belajar banyak daripada musibah yang dilalui sepanjang dua tahun ini, dan kesedaran pengurusan kewangan yang betul semakin meningkat.

“Saya lihat daripada data petisyen yang membuat tuntutan KWSP lebih 100,000 pencarum ramai dari Lembah Klang, disusuli rakyat Johor. Saya lihat ia bukanlah faktor politik tetapi ini adalah suara rakyat dan kerana itu PN prihatin meluluskan tuntutan rakyat ketika dibawah pentadbiran Muhyiddin,” katanya.

Ketika ditanya adakah pihaknya bersetuju dengan cadangan pindaan undang-undang agar istilah ‘masa tua’ KWSP itu diperluaskan bukan terhad kepada had usia pengeluaran simpanan tetapi juga waktu yang sesuai pengeluaran wang bagi kelangsungan hidup.

Beliau berkata, isu KWSP ini terbahagi kepada dua topik berbeza iaitu urusan pengeluaran wang waktu kecemasan dan satu lagi pada umur persaraan.

“Dua isu ini perlu diteliti dan dicari mekanisme terbaik untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases