spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Belia 4B perlu ada nilai tambah

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Pegawai Tugas-tugas Khas 1 Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Mahadhir Sulaiman menyeru Gerakan Belia 4B agar mencari nilai tambah supaya masyarakat lebih mengenali ‘jenama’ Belia 4B itu sendiri.

Beliau berkata, nilai tambah itu penting untuk menarik golongan muda menyertai Gerakan Belia 4B.

Datuk Mahadhir Sulaiman

“Sebagai contohnya, abang Viva tiba-tiba namanya meletup, jadi hero mangsa banjir kerana dia berada di tempat yang betul, masa yang betul.

“Sebab dia sudah bersedia dengan botnya, ketika detik itu tiba, dia sudah ada sesuatu dan kerana berada pada masa yang betul, namanya meletup.

“Itulah analoginya untuk Belia 4B, perlu ada sesuatu yang kukuh supaya apabila detiknya tiba, orang tahu itu Belia 4B,” katanya pada Makan Malam Bersama Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4 B Malaysia dan Mesyuarat MKT 4B.

Majlis yang dihadiri 40 wakil persatuan- persatuan di bawah Majlis Belia Malaysia itu dirasmikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas 1 Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Mahadhir Sulaiman.

Turut hadir, Pegawai Tugas-tugas Khas 11 Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Ramlan Haji Shahean @Askolani dan Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Datuk Mahadhir Sulaiman (dua dari kiri) bersama Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali (kiri sekali)

Tambah Mahadhir, dengan perkembangan dunia di hujung jari, usaha menarik golongan muda menyertai Belia 4B lebih mencabar.

Sehubungan itu, Belia 4B perlu lebih kreatif mungkin menjadi platform untuk membantu belia mendapat perniagaan, peluang pekerjaan dan sebagainya.

“Walaupun peruntukan terhad, tetapi jika persatuan kreatif, aktiviti tetap dapat dijalankan dan nama gerakan tetap akan mendapat perhatian,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases